"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Saturday, November 22, 2008

Rayaku ^_^


Salam..

Waa, lame x update tentang raye tahun nie.. maklom la, raye tahun nie busy nk final exam katakan.. macam x caye je, pejam celik, pejam celik masa cepat berlalu kan.. but alhamdulilah la coz raye kali nie bajet x nk raye kemana pon.. pada 29/9/2008, diri ini membuat keputusan untuk balik awal coz nk tolong mak kemas rumah nk raye dlm 2 hari lg.. siang keesokkannye, diri ini ke dapur untuk menjalankan tugasan yg telah diberikan oleh makku.. saya diberi tugasan untuk memasak rendang ayam + daging + limpa.. saya bercadang untuk masak rendang basah.. huhu.. mmg sedap sangat.. :D disini telah dirakamkan beberapa gambo rendang yg dimasak oleh saya.. best2 !!! sekali rase pasti nk lg.. huhu.. :)



Merahnye kuah rendangku.. :)




Biarkan ayam bg empuk.. (cukup masak).. ;)



Waa, sedapnye rendang yg dimasak olehku.. nyum.. nyum..

Secondly, alhamdulilah.. lps je selesai bab masak memasak.. diri ini busy lak dengan kemas mengemas ruang tamu dan susun2 kuih raye dlm balang kuih raye.. pelbagai kuih raye ada.. pendek citer, byk kuih raye adalah kuih tunjuk menunjuk dr mydin.. hehehe.. kantoi la dah tau bli kat mana kan?.. hahahaha.. :-p ada beberapa kuih yg makku buat, antaranye : kuih ulat bulu, kuih cornflake madu, biskut ais-krim coklat.. kesemuanye mmg sedap2 belaka.. :) keesokannye tibalah 1 syawal dimana semua umat Islam menyambut syawal tahun 2008.. but alhamdulilah, mlm tue ayahku bercadang untuk kami sekeluarga sembahyang raye di Masjid Wilayah, Jalan Duta..



Menjelang dipagi raye (1/10/2008), kami sekeluarga pergi menunaikan sembahyang raye aidilfitri di Masjid wilayah, Jalan Duta.. so far, mmg best solat kat ctu.. itu adalah pertama kali menjejaki masjid wilayah.. huhu.. masjidnye yg sangat tersergam indah dengan kawasan masjid yg cantik.. setelah selesai sembahyang raye, kami sekeluarga pulang ke rumah untuk salam bersalaman bersama mak ayah untuk memohon ampun dan maap sekiranye selama ini kami adik beradik ada salah berbicara.. but alhamdulilah, walaupon mggu dpn menduduki final exam.. kami sekeluarga berasa gembira dan mesra disamping familyku yg tersayang.. huhu.. :)



Ayahku, Adikku, Makku.. ^_^



Kami adik beradik gembira je.. huhu.. i'm love both of u.. :)

Last but not least, after taking the picture with my beloved father, mother n 2 of my sisters.. i'm taking my part to serve food that i'm already cook for my parents.. after eating together, it suppose to visit my aunty at Selayang Baru, but my cousin sister n her husband not at home because both of them are working during 1st raye celebration.. but it's ok, i'm decided to visit my aunty at night after maghrib prayer.. during evening time, i'm take this oppurtunity to study for my first paper exam is on monday 6/10/2008.. after visit my aunty house, we are konvoi to visit my uncle house at Sri Gombak.. around 11 pm, we are arrive back to home.. :)

Friday, November 21, 2008

Team Bagus La Sangat !!! :-p

Salam..

Alhamdulilah.. Last sem 1, we are having final exam and decided to study together with lina, ita, and hazwan.. Firstly, we start to study at library foyer.. During studying, we're feel hungry and need to take a lunch before continue our study.. At 2.00 pm, we take our lunch at McD Sri Kembangan by bring along our book to study there until 6.00 pm.. After finish study there, we perform solat maghrib at Jaya Jusco, SK.. Then, we went back to mmu but before that, we're decide to dinner first..

In car, hazwan was decided to dinner at Secret Recipe, Alamanda.. After arrive at Alamanda, during eating and discussion.. hazwan ada cadangan, kenapa x kite tubuhkan satu team?.. nama team yg hazwan berikan ada " Team Bagus La Sangat ".. Yea ke bagus team nie erk?.. huhu..


Our Meals


Moist Cake Chocolate.. sedapnye.. :)



Mushroom Soup ;)

Selepas makan2, kami telah buka sesi perbincangan (sembang2 utk masa depan).. hehehe.. :-p yea ke sembang2 utk masa depan?.. atau sebaliknye.. huhu.. :D apa pon, jom tgk antara gambo2 yg dirakam ketika sesi perbincangan tue.. let's see the picture.. surprise !!!! :)


Wan bertanyekan sesuatu kpd kakaknye.. apa la agaknye erk yg wan ckpkan tue?.. rahsia !!! ;)



Senyuman wan yg menarik ketika kakaknye berckp.. :D



Lina pon masa port nk senyum gak.. huhu.. :-p

After discussion session finish, we took some picture before went back to campus.. huhu.. team yg sangat best.. insyaAllah ada rezeki kite kuar lg erk, " Team Bagus La Sangat " >>> :)


1..2..3.. , smile lina & ita.. :)



Bile dah kenyang, senyum pon dah mcm senyum kambing.. huhu.. :-p

18 Perkara Yang Perlu Diketahui

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih
daripada yang mereka perlukan dan
lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar
anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan
lain akan menjadi lebih penting apabila
usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang
anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa
yang ada atau tidurlah seberapa lama
yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah
matanya.

KELIMA.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati
dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda
akan berasa seolah-olah diri anda
tersiksa, tapi percayalah itulah
satu-satunya untuk melengkapkan
kehidupan ini.

KETUJUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat,
bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KELAPAN.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan
peribadi keluarga mereka.

KESEMBILAN.
Berbicaralah dengan tenang dan
berfikirlah dengan pantas.

KESEPULUH.
Apabila seseorang bertanyakan satu
soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah
padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KESEBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan
pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.

KEDUABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila
mendengar seseorang bersin.

KETIGABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi
kurang ajar.

KEEMPATBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

1. Rasa hormat pada diri sendiri;

2. Rasa hormat kepada orang lain;

3. Rasa tanggungjawab terhadap semua
tindakan anda


KELIMABELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar
hama merosakkan sebuah persahabatan yang
besar.

KEENAMBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah
melakukan kesalahan, usahlah berlengah
untuk perbetulkan kesalahan itu.

KETUJUHBELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara
yang mereka dengar.

KELAPANBELAS.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian

p/s : ada serba sedikit kena dengan diriku.. ^_^

Saturday, November 15, 2008

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus.. ^_^


Seorang ibu sentiasa mendoakan anaknya


Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.

"Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."

Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.


Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.

Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.

Wassalam

Salam sayang,

Emak





Anak Soleh - Aeman


p/s : Kak Ina sayang sangat ngan mak & abah.. Muah !!!.. Thanks 4 everything.. i'm appreciate it.. ^_^

Friday, November 7, 2008

#*$ Rindu PadaMu $*#



Rindu PadaMu

Artist: Yasin

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

p/s : ku sangat merindui-Mu walau dimana kamu sekali pon.. huhu.. :-p

Saturday, November 1, 2008

*^% Xtiviti ketika cuti %^*


Alhamdulilah.. selama 2 minggu, diri nie telah menduduki peperiksaan akhir semester 1 (08/09).. last paper exam berakhir pada 18/10/08 bersamaan hari sabtu.. so far, kesemua paper alhamdulilah ok jer.. but hopefully apa yg ditarget akan tercapai.. Amin.. walaupon diri ini menduduki exam pada bulan syawal, diriku cuba untuk menanamkan semangat berusaha tanpa merasa untuk beraye pada tahun ini.. alhamdulilah lepas last paper, ku menerima byk jemputan open house dan kenduri kahwin.. ketika itu, kalo diikutkan diriku pergi beraye dirumah2 tanzim 08/09.. but, diriku x dpt nk hadirkan diri last minit kerana my mother menelefon bgtau suruh balik, untuk hadirkan diri kerumah mak sedara open house.. dimasa itulah, diriku ini cuba untuk mengcover balik raye sepuas-puasnye bersama keluargaku.. huhu..

Diriku nie hanye dapat menyambut raye dalam masa 2 minggu je walaupon bulan syawal akan berakhir tidak lama lg.. but diriku ini memohon maap kepada semua kawan, kerana x dpt beraye sgt bersama anda semua tahun ini.. diriku byk menghabiskan masa raye bersama keluarga..

Antaranye aktiviti masa cuti selama 3 minggu :-

[18/10/2008 - Sabtu]

- pagi, last paper critical thinking.. :D
- open house mak sedara kat kg selayang pandang..

[19/10/2008 - Ahad]

- open house ( 3 buah rumah)
i) pjal - bangi
ii) fakhru - klang
iii) shafa - kelana jaya

[20/10 - 23/10/2008 - Isnin - Khamis]

- kemas rumah untuk open house rumahku pada 26/10/2008 - Ahad malam..
i) vacum kamar tido atas (3 bilik)
ii) vacum ruang tamu
iii) mop kamar tido

[24/10/2008 - Jumaat]

- beli barang2 masakan utk persiapan open house ahad nnt..

[25/10/2008 - Sabtu]

- ke bangi, rumah kahwin kak sepupu sebelah makcik ku..
- ke kajang, rumah mak lang ku utk beraye.. hehehe..
- ke kg. taman melati, gombak.. open house rumah pakcik sebelah arwah nenek..

[26/10/2008 - Ahad]

- ke taman koperasi polis, kl.. kenduri kahwin jiran rumahku..
- memasak utk open house mlm tue..

[27/10/2008 - Isnin]

- ke sri gombak, rumah pak teh & mak teh ku utk mkn tengahri.. sambil berbincang utk wedding
preparation kak sepupuku..
- ke low yat, beli brg komputer utk kak leha (cousinku).. :)

[28/10/2008 - Selasa]

- ke taman melati, gombak.. open house adik junior MMU Cyber.. wakil yg dtg, diriku & shah..
- hantar adikku balik hostel alamanda, UiTM Shah Alam..

[1/11/2008 - Sabtu]

- ke sri gombak, akad nikah kak sepupuku ( anak pak teh & mak teh ku)

[2/11/2008 - Ahad]

- ke dewan wisma sejarah, jln tun razak, kl.. berlangsung perkahwinan kakak sepupuku..
Selamat Pengantin Baru !!! ^_^

inilah antara aktiviti yg akan berlaku ketika masa cutiku.. so far, alhamdulilah semua berjalan ngan lancar.. tiada sebarang cacat cela.. hehehe.. insyaAllah tahun2 akan datang, ku akan sediakan perancangan yg teratur.. InsyaAllah.. Amin..