"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Tuesday, May 26, 2009

Star Trek !!!


On Sunday morning last weekend, I and my family went to watch a movies an title "Star Trek".. but.. actually.. i also want to take some rest because at saturday night i will stress by doing a statistic.. it involve a lot of calculation.. huhu..

From director J.J. Abrams ("Mission: Impossible III," "Lost" and "Alias") and screenwriters Roberto Orci & Alex Kurtzman ("TRANSFORMERS," "MI: III") comes a new vision of the greatest space adventure of all time, "Star Trek," featuring a young, new crew venturing boldly where no man has gone before.. A chronicle of the early days of James T. Kirk and his fellow USS Enterprise crew members..

Monday, May 25, 2009

~ Tanpa ~




~ tanpa ~..
~ cintamu aku resah ~
~ tanpa ~.
~ kasihmu aku hampa ~
~ tanpa ~
~ dirimu aku nanti ~
~ hooo... ~…


Rindu (^_^)



~ RiNdU ~


~ DiMaNaKaH TeMaN2 kU kInI BeRaDa???... ~


~ SuDaHkAh AdA Yg DaH BeRkAhWiN / CoNt. StUdIeS???... ~









~ WiF mY SpOrTiNg LeCtUrE BiZ CoMm. ~


p/s : mizzz all of you in International Islamic College (IIC) ~

Thursday, May 21, 2009

Musim Peperiksaan !!!

~ Musim Peperiksaan Semester 3 2009/2010 ~

phew.. walaupun beberapa hari yg lps aku agak busy dgn mengulangi nota2 utk final exam sehingga tidak ada mase sedikit pun utk aku mengupdate blog kesayanganku.. hehehe.. dgn keizinan maseku yg terluang ini, aku nk menceritakan apa yg berlaku sehari yg lepas.. hurmm.. nk tau x apa yg terjadi?.. haaa.. jom kite tgk apa yg berlaku pd aku di kala musim peperiksaan kali ini.. dah 2 tahun aku menjalani peperiksaan di MMU.. tp.. tahun ini agak kelainan sedikit iaitu aku telah berwajah bru.. hehehe..

di tanggal 18 haribulan may iaitu 4 hari yg lps.. semua warga MMU sedang sibuk berjuang dgn mengejar peperiksaan yg mereka akan menjalaninye.. kali ini aku just mengambil 4 sbjk sahaja.. paper pertamaku jatuh pada hari selasa 19 may 2009 di mana tarikh itu adalah tarikh hari lahir kakak sepupuku yang ke 25 tahun.. hanye beza 2 tahun je dgn usiaku yg ke 23 tahun.. hehehe.. keesokkannye pulak, 20 haribulan may aku ada paper kedua di mana selasa malam rabu ketika sibuk mentelangah nota2 BMG (Cross Cultural Management) bersama adik bilikku yang comel (hanis) pada jam 12.00 am smpi 4.00 am.. ketika itu, aku dah mula agak kengantukkan kerana takut sok ptg paper x bgn.. hehehe.. dah la tito lewat.. hahaha..

pada pagi rabu itu, aku pun bgn la coz nk buat last revision sebelom pegi exam.. lps mandi2 semua, biase aku akan pakai spek tp kali nie nk pakai, hatiku rase cam x sedap hati je.. haizzz.. bile ku menuju di meja tepi katilku, aku pun terus mengambil spek ku utk lap cermin die.. tp.. ntah cam mana terpatah pulak{terbelah dua}.. hurmmm.. sedihnye ketika itu coz ptg itu dah la ada paper kul 2.30 ptg.. haizzzz.. ada je hal nk jadi.. ish3.. semasa nk pegi exam, adik2 bilik tanye, [
akak nmpk ke nk jawab exam kang soklan die?].. aku pun menjawab, insyaAllah boleh.. ini la akibatnye bile terlalu rajin study sampai spek pun boleh patah.. dlm menjawab exam, alhamdulilah aku nampak ckit2 walaupun agak pening bile tanpa spek.. huhu.. tp.. yg paling best lg, ada la seseorang nie bertanye, [akak nampak comel la klu x pakai spek, berbanding dgn pakai spek].. hehe.. sejurus lps exam, makku dtg utk pergi buat spek bru.. hehehe.. aku membuat spek bruku di SK, Sri Kembangan yg x jauh dr mmu.. kali ini, aku memilih spek berwarna purple di mana makku nk nampak anaknye kelihatan matang.. hehe.. sgt comel.. pasnie, [klu la org tu nk jumpe nnt, pasti die akan terkejut bile nmpk kak ina dah ada kelainan berbanding dlu] ~ ayat ayahku..


p/s : gud luck kpd semua sahabatku.. ~ new spek, new spirit ~

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Lahir Mak ^_^



~ SeLaMaT HaRi LaHiR, MaK !!! ~


~ Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa dilindungi Allah S.W.T., doakan kak ina semoga cepat dapat jodoh dgn org2 yg soleh ~


~ Maafkan kak ina sekiranye sambutan hari lahir tahun ini agak sederhana.. huhu.. tahun nie kami adik beradik hanye mampu belanja mak tersayang dgn pizza hut, kek blueberry, dan 2 potong kek dari Sime Darby Convention (kakak leha).. ~


~ Sayang mak forever.. muuaahh.. yg penting ciuman kasih sayang dari seorang anak yg baik.. ~


~ InsyaAllah cuti sem nnt kak ina nk bw mak & kite sekeluarga pergi holiday di luar negara.. ~


Friday, May 15, 2009

Kenangan Terindah ^_^


Trutt…trutt… Trutt....trutt…
Aku abaikan bunyi yang datang dari hensetku. Tak tahu kenape macam malas je nk berkomunikasi dengan sesape pun hari ni. Erm…mungkin susah nak tafsir rasa hati, cuma yang pasti aku memang takde mood!

“Walau apa pun yang jadi, kita tetap kawan!”

Ayat tu masih terngiang-ngiang, berselang-seli dengan bunyi dari hensetku. Arghhh!! Bila semua ni nk diam! Malas betul nak layan semua ni. Aku campak jugak henset aku ni karang. Campak?? Amboih…macam banyak duit nk beli baru!..hahaha…tak jadi la campak…mujur masih waras kepala otak aku ni.

Trutt….trutt… Bunyi lagi! Kali ni aku hanya tilik je skrin tu. Buat muka takde perasaan. Nama salah sorang sahabat ku muncul. Erm…tapi cam tak patut je aku buat dia gini. Takde kene mengene pun dia dalam hal tu. Aku je kot yang suke ikut perasaan. Klik! Aku matikan henset. Maafkan aku Kay! Aku tak berniat taknak bercakap dengan kamu. Cuma bukan buat masa ni. I wanna be alone!
Jam menunjukkan angka 1.30 petang. Erm…petang ni malas betul nk study ke…nk belek buku ke…yang aku tahu, aku nk release kan kepala yang serabut ni! What to do ha? Kepala ligat berfikir, apa yang aku nk buat tuk hilangkan kebosanan ni. Krek…. Aku bukak drawer. Tetiber terpandang satu beg plastic. Aku tak berapa cam apa kandungan beg tu. Aish…pelik. Selama ni aku akan tahu setiap apa yang aku simpan. Untuk mengurangkan tekanan otak ku berfikir apa kandungan beg tu, baik aku bukak dan tengok.


Tidak syak lagi.! Benda ni la yang aku cari dari awal sem dulu! A bundle of photos! Hahaha…kenapa tah rindu sangat nk belek gambar2 tu. Ku belek satu persatu. Mula dari zaman hingusan…. Sekolah rendah…zaman aku mengenal diri…zaman tudung skaf ikat belakang..hahahaha…kelakar betul rupa aku! Ku tilik satu persatu muka kawan2 sekolah rendah aku. Entah camana la muka depa la ni. Yang aku dengaq sorang dah kawen baru2 ni. Yang lain belajar lagi. Aish..bila la buleh nk jumpa hangpa wei! Rindu bangat ni… biaq la hangpa tak mau jumpa aku tapi aku tetap ingat kat hangpa! Aish..mana hang tau depa tak mau jumpa hang cheq oi. Tah depa pun rindu kat hang. Depa saja tak mau ngaku…hahaha…ayat pujuk diri sendiri…tapi memang best la zaman ni. Aisey…kalau ikut hati ni hari ni jugak aku nk jumpa depa!! Tapi takpa…sabaq!!

Foto seterusnya…..zaman sekolah menengah…ku belek2 gambar2 tu. hahahha..betul la kata kawan aku… “ Kau ni Wai, cuba la senyum sket amek gambar tu!” Memang maut punya serius muka aku dalam gambar! Sorry la beb! Bukan takmo senyum, tapi aku tak gheti nk senyum dalam gambar time tu. Hahaha… terima la kenyataan!! Zaman ni pun banyak mengajar aku jadi lebih matang. Zaman ni aku mula kenal erti sahabat. Ada sekeping gambar yang buat aku terkesima. Orang2 dalam gambar tu yang buat aku betul2 terharu. Gambar cikgu2 aku. Diaorang banyak mengajar aku. Terima kasih wahai guruku! Arghhh!! Nak balik sekolah!! Hahah…zaman yang best! Kawan2 yang happening!! Memang vogue la korang! Ada yang dah kawen. Yang jadi mak orang pun dah ada!! Isk isk isk…macam tak percaya masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Bila nak buat gath lagi wei!! Aku berkata2 sendiri…rindu la kat sekolah. Cukup la zaman tu..aku tutup zaman sekolah dengan kenangan yang manis dengan korang! Thankx!!


Seterusnya…matrik!! Walaupun kolej tu terceruk je kat luar Bandar. Dah la luar Bandar, transpot nk keluar bukan main payah. Dekat dengan hutan plak tu…hahahah…tapi tu semua bukan penghalang tuk aku cipta kenangan jugak zaman ni. Zaman ni jugak berlaku perubahan besar dalam hidup aku. Buat aku makin kenal Penciptaku, makin faham dengan diri sendiri. Alhamdulillah..Bukak mata aku tentang dunia ni sebenarnya terbentuk dengan macam2 perangai manusia, feel yang kadang2 kita sendiri tak sangka ada jugak orang yang boleh nk buat sumthing yang amatlah tak dapat diterima akal yang waras. Tapi adat dunia kan. Terima la untuk mematangkan diri.

Perkara yang tak pernah aku mimpikan atau pun sekadar berangan je adalah masuk ke menara gading ni. Hahahha…tapi orang kata semuanya dah ditentukan dan takdirnya aku diterima masuk walaupun sebenarnya ramai lagi yang layak. Tapi soal layak atau tak bukan ukurannya, soalnya, aku dah berada dalam zaman ni dan masih sedang berusaha tuk belajar sebanyak mungkin. Gambar 1st yr..muke mude giler!! Hahaha…mmg mude pun kan…tapi tetap maintain serius….hahahaha. kat sini aku punya ramai kawan yang mahu cipta kenangan bersama. Walau kaum sejenis ku tak ramai pun kat sini, tapi batch aku, kami dah anggap masing2 macam adik beradik. Siap ada pangkat masing2. hahaha…dah pulak tu masing2 memang suke berposing! Banyak gak la gambar2 kenangan aktiviti kami. Naik 2nd yr,Dah buat kerja sama2 kn..baru la kenal diaorang ni camana. Tapi best la sebabnya bleh nk tambah koleksi gambar! Hahaha…yang seronoknya hampir setiap aktiviti kami lakukan bersama. Yang macam acara tahunannya, birthday celebration ha!! Macam2 kenangan. Macam2 jenis kek. Macam2 jenis hadiah. Macam2 jenis makanan.

“ pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati

Bersyukur ku hadrat Ilahi

Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi

Dugaan yang menimpa diri

Bersabarlah di atas suratan

Kutetap pergi jua

Kan ku utus kan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu

Mencari hidayah daripadaMu

Dalam mendidikkan kesabaranku

Ya allah tabahkan hati hambaMu

Di atas perpisahan ini”


Aduss…lagu ni plak terkeluar dari speaker aku ni..isk isk isk..mengimbau kenangan betol! Koleksi gambar aku terhenti. Aku mula sebak. Dah takde gambar yang nak dibelek. Sebabnya zaman aku 3rd yr, kamera digital mengambil alih tugas..hahaha… dan bila masa berlalu, kita masing2 dah mula sibuk dengan hidup masing2. tak banyak dah gambar atau kenangan yang dapat dicipta bersama. Masing2 punya komitmen yang menuntut masa dan lain2 pengorbanan.

Aku tak pernah salahkan korang, Cuma kadang2 aku terfikir, ada juga salah dari diri ku. Yang dulu jarang mahu menghargai apa yang aku ada. Tapi bila mana kini, aku mula marah, sedih, geram dengan keadaan ini. Walau aku tak tahu, pada siapa sebenarnya yang aku marah, sedih mahupun geram. Tapi aku tetap bersyukur kerna masih boleh mengingati kalian. Masih segar bagaimana kalian mencorak hidupku. Kenangan itu yang masih buat aku tersenyum…… erm…aku simpan balik semua koleksi gambar ni. insyaAllah, kenangan yang ada pun akan disimpan rapi bersama gambar2 setiap insan yang pernah hadir dalam mencorak hidup aku. Terima kasih!!

Walau kita sudah jarang, ataupun tidak lagi bersua, aku akan tetap mengingati setiap dari kalian yang pernah menyentuh hati ini, yang pernah melakar nama dalam lipatan sejarah hidupku, yang pernah mengajar aku menjadi dewasa….

Akhirnya tanpa dapat di tahan..
Air mata ini mengalir jua….
Ukhwahfillah abadan abada..insyaAllah

Memori Indah =)

phew.. alhamdulilah.. walaupun kepenatan x hilang lagi setelah pulang hari ini.. aku ingin berkongsi sedikit memori indah bersama sahabat2 ku sewaktu di alaska.. akhirnye pertemuanku bersama dengan sahabat-sahabat saya dahulu mmg best.. terima kasih sahabat kerana dapat turun bersama untuk kite berjumpa walaupun sekian lame terpisah.. huhu.. nk ketahui apa rancangan kami??.. hurmm.. setelah aku pulang dari Bukit Tinggi last weekend, pelbagai isu dan masalah yang menimpa diriku.. pada ketika itu juga, disebelah malam aku menerima satu msg dr sahabatku bertanyekan "bile kite nk berjumpe??".. dah lame kite x pegi holiday bersama dengan sahabat2 kite yang lain.. apa kata, keesokkan hari kite pegi bercuti di Port Dickson nk??.. kite bercuti selame empat hari.. hurmmm.. aku pun terus membuat keputusan untuk berjumpe dengan sahabat2ku yang sesama di alaska dahulu.. merekalah tempat aku berbual, meluahkan masalah, berbincang masalah umat, serta membincangkan mase depan diri masing2.. huhu.. semua kenangan bersama begitu indah..

setibanye kami disana.. disebelah petang, kami jalan2 disekitar tepi pantai untuk mengambil udara angin pantai yang nyaman dengan alunan ombak laut yang begitu kuat.. indahnye ketika itu.. hehee.. di samping itu, kami juga sempat untuk bersama membina istana dimana untuk menunjukkan simbol istana masing2 bile semua sudah berkahwin.. huhu.. indahnye.. kemudian, di sebelah malam pula, kami pergi kuar makan2 di area dekat2 hotel.. mmg meriah.. di keesokkan harinye, kami mengadakan aktiviti di tepi pantai yang banyak memberi makna dan manfaat di antara sahabat2ku termasuk diriku yang kena musibah di kala atas bukit.. bile berada di tepi pantai, segala kekeliruan, serabut dengan masalah akan terus hilang dengan meluahkannye di tepi pantai yang begitu indah dan cantik.. huhu.. nk tau apa aktiviti kami sewaktu berada di pantai??.. hurmm, antara aktivitinye :- membina istana, treasure hunt, pengutipan cengkerang laut, dn sebagainye.. mmg best bile dapat kuar bersama sahabat2 yang sentiasa digelarkan sahabat..

di hari ke-2 sebelah malam, ada antara sahabatku yang pergi berkarok dan ada separuhnye berjalan2 dengan membuat hal masing2.. aku dan beberapa kawanku yang rapat, mereka sanggup menemaniku bile mereka nampak aku bersendirian.. huhu.. aku cuba bertanye kpd mereka, "kenapa korang x join yang lain pergi karok??".. mereka menjawab xpe la.. kami semua nk temankan ko.. cuba ko ceritakan kpd kami semua.. "apa masalahnye yang membuatkan ko termenung jauh seolah2 ko memikirkan sesuatu??".. hurmmm.. aku sepertinye membisu je.. bkn aku x nk cerita.... tp aku malas nkbukak buku lame yang kini sudah lusuh.. bak kata pepatah, [barang yang dah luput, x elok digunakan lagi.. beli je yang baru].. waaa, pandai ko berpepatah.. hehehe.. so, aku kdg2 terpk, "kenapa la kite ini sering dijadikan bahan permainan oleh budak2??".. haizzzz.. ohh gtu, aku sebagai kawan rapat ko pun susah utk aku menjawab soklan sebegini.. hehehe.. camnie [sahabatku yg seorang nie berkata].. pada pendapat aku la, sebenarnye orang2 sebegini hanye nk ambik kesempatan je kpd seseorang yang lebih tua.. dgn kehadiran itu, mereka akan lebih selesa bile adanye orang yg matang.. huhu.. tp... kdg2 aku cuba lihat disebaliknye.. aku bg ko (kawan rapat) satu situasi, "cuba ko bayangkan, bile ko bercakap dgn kawan ko nie, kawan ko tue buat bodoh je atas apa yang ko bicarakan.. so, apa ko rase bile ko berckp, kawan ko buat x tau je.." jwpnnye, klu aku la tmpt ko, aku lempang je org tue.. jgn die pk die tue dah cukup hebat sgt.. huhu.. waaa, marah sgt ko nie.. rilek2.. aku ok lg nie.. :-p xde la, kdg2 aku terpikir sampai bile la benda ini nk berakhir.. huhu.. klu ko nk tau cerita aku lebih teruk lagi dengan apa kau luahkan pada aku (kawan rapat).. cam nie, aku sebagai kawan ko, ko banyak2kan sabo dan perbanyakkan pegi holiday jauh dr kuala lumpur.. hehehe.. aku menjawab, satu cadangan yang sgt bagusss..

haaa.. pejam celik.. pejam celik.. sekejap je dah masuk hari ke-3 di mana semalam kami telah bersembang dan ceritakan masalah masing2 dikala mengharungi kehidupan.. keesokkan harinye, kami mengadakan sukaneka ditepi pantai yang begitu indah dan nyaman udaranye dengan alunan ombak yang cantik.. huhu.. diwaktu itu, kawanku ini melihat aku sudah kembali ceria atas apa yg telah aku luahkan kpd kawan rapatku.. hehehe.. thanks sahabat.. sepanjang keseronokkan aku, mereka pun menumpang kegembiraan bersama dengan aku.. huhu.. hurmm, sebelum berangkat pulang keesokkannye, malam itu aku dan sahabat2ku yang lain menyajikan berbeque di tepi pantai walaupun dalam keadaan gelap.. sambil2 memasak ayam berbeque, sosej, kentang bakar, tauhu bakar, dan lain2.. kami sempat di hiburkan dengan dendangan lagu2 nasyid yang mantap dari alska kami sendiri.. huhu.. yeay, esoknye kami pun berangkat pulang.. seronoknye bile dapat ketemu dengan sahabat2 yang still dianggap sahabat sampai bile2.. i miss u'all ever and forever.. thanks sahabat atas sokongan anda semua.. u'all always in my mind.. muaahhh !!! :)

p/s : maaf xde gambar nk letak.. ngeee :D

Thursday, May 14, 2009

Kerana Ukhuwah Itu Indah ^_^

Menyedari dirinya sudah terlambat untuk ke kelas Physiology, Qistina berlari-lari anak tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang memerhatikan kegopohannya itu. “Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting aku cepat sampai ke kelas Profesor Azlan. Kalau lambat setakat lima minit takpe lagi sekurang-kurangnya aku tak dihalau keluar kelas kerana lambat.” Qistina memujuk hati. “Hai Qistina. Awal kamu masuk kelas saya hari ini ye?.” Seperti yang dijangka Qistina, Profesor Azlan pasti menegurnya. “Sorry Prof.” Qistina melontarkan senyuman kelat sambil mencari-cari tempat kosong.

"Hey Qis! Apasal kau lambat hari ini? Tak pernah-pernah kau lambat. Pelik juga aku.” Gadis tinggi lampai dan berkulit kuning langsat menyapa Qistina yang masih sibuk merapikan nota-nota kuliah tadi. “Eh Irah, sekejap ya. Nanti saya jelaskan. Jumpa kat kafé ya Irah?” Irah sekadar mengangguk tanda paham dan sebentar kemudian berlalu meninggalkan Qistina yang masih lagi sibuk menyusun nota-notanya.

Qistina dan Zahirah merupakan sahabat baik sejak di sekolah menengah lagi. Tidak mereka sangkakan jodoh mereka berpanjangan sehingga dipertemukan sekali lagi untuk berjuang bersama mengejar cita-cita yang sama juga di tempat yang sama. Keakraban mereka kadang kala dilihat oleh teman-teman sekuliah sebagai sesuatu yang pelik.

“Bagaimana awak boleh berkawan dengan Irah tu Qis? Dia kasar dan kata-katanya juga kadang-kadang boleh buat orang terasa. Tak macam awak. Bagai langit dengan bumi!”

Qistina hanya tersenyum apabila ada antara teman-temannya yang menanyakan soalan seperti itu. Baginya, orang lain tidak perlu mengetahui apa yang dia rasa dan lalui tapi cukuplah Allah sahaja yang mengetahui betapa ikhlasnya dia meneruskan sebuah ikatan persahabatan tersebut. Siapapun Irah dan bagaimana sekalipun pandangan orang lain terhadap sahabat baiknya itu, dia tetap akan berdiri teguh untuk mempertahankan erti sebuah persahabatan yang telah lama dibina. Qistina amat menyayangi Irah yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Assalamualaikum Irah”. Sapa Qistina pada Zahirah yang sedang asyik sekali meneguk ‘orange juice’ yang pastinya melegakan di saat cuaca panas terik seperti itu.

“Er waalaikumsalam. Ha sampai pun! Cepat bagitau apsal kau lambat tadi.” Irah menampakkan sikap kegopohannya. “Sabarlah awak, kalau ye pun bagilah saya ‘order’ dulu. ‘Jealous’ saya tengok awak asyik sekali meneguk ‘orange juice’ tu sampai saya datang pun awak tak perasan”. Seloroh Qistina dan kemudian dia berlalu untuk memesan air di gerai yang berdekatan. Irah terus meneguk ‘orange juice’ sambil dahinya berkerut menampakkan seribu tanda tanya pada riak wajahnya. Walaupun Zahirah sangat bersahaja dan sering didakwa sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan oleh teman-temannya namun jika sesuatu perkara yang melibatkan Qistina, dia pasti akan ke hadapan.

“Ha, air dah dapat, duduk pun dah sedap bukan main, sekarang baik kau cerita kalau tak aku takkan tegur kau untuk dua hari”. Ugut Irah. Mungkin sudah tidak sabar benar dia menantikan penjelasan daripada Qistina. “Er kenapa dua hari? Kenapa tak seminggu je?Sebulan ke?” Qistina ketawa kecil.

“Dua hari cukuplah. Nanti saya berdosa pula kerana memutuskan silaturrahim selama lebih tiga hari. Dah kau jangan nak buat lawak. Cerita cepat!” Bentak Irah. Qistina sebenarnya amat mengagumi Irah. Walaupun agak kasar namun Irah sangat rajin mempelajari ilmu agama dan setiap malam Jumaat Irah sering mengikuti Qistina pergi ke masjid berdekatan untuk menghadiri kuliah agama. Jadi tak hairanlah Irah banyak mengetahui pesanan-pesanan Nabi junjungan, Muhammad s.a.w.


“Irah, saya nak balik”. Qistina tiba-tiba bersuara. “Apa? Kau nak balik? Mana ada cuti. Cuti akhir semester lambat lagi. Kau kenapa Qis?Tiba-tiba je nak balik. Soalan aku apsal kau lambat tadi dah la kau tak jawab lagi”. Irah berleter panjang. “Irah, pagi tadi mak saya telefon. Katanya..” Qistina semakin tidak betah menahan hiba. Dia tertunduk kaku. Suasana tiba-tiba menjadi suram. Kafeteria semakin lengang dengan pelajar dan hanya tinggal mereka berdua.“Kenapa Qis? Apa yang mak kau kata? Irah yang kasar orangnya tiba-tiba menjadi lemah lembut dan mesra. Sambil mengangkat kepalanya, Qistina berkata “ Irah, ayah saya dah ‘pergi’ ”.

Tersentak Irah mendengar berita tersebut. Dia merapati Qistina dan memeluk erat sahabat baiknya itu.“Innalillah. Sabar ye Qis. Allah s.w.t lebih menyayangi ayah Qis.” Hanya itu yang mampu diucapkannya. Irah sudah sedia maklum akan keadaan kesihatan ayah Qistina yang lumpuh seluruh badan akibat serangan ‘stroke’ setahun yang lalu dan keadaan ayah Qistina semakin tenat sejak minggu lalu. Sejak ayah Qistina sakit, emaknyalah yang betungkus-lumus menguruskan keluarga. Mujurlah Qistina mendapat bantuan biasiswa. Setidak-tidaknya, dapat juga dia meringankan beban emaknya itu. Qistina juga sering mengikat perut dan berbelanja seminimal mungkin bagi menyimpan wang untuk dihantar kepada ibunya. Walaupun Irah dan Qistina bukan rakan sebilik, namun Irah sering berhubung dengan rakan sebilik Qistina mengenai keadaannya termasuklah makan minum Qistina.

Irah terus memeluk erat tubuh longlai Qistina sambil menyeka air mata Qistina yang semakin galak menghujani pipi teman baiknya itu.”Kenapa ujian Allah buat saya begitu berat, Irah? Saya tak sanggup lagi menahannya Irah. Saya lemah. Kenapa harus saya yang menerima ini semua Irah?Allah tak sayangkan saya ke Irah? Apa dosa saya sehingga begini berat sekali ujian yang harus saya terima? Irah, saya rindu ayah saya.” Tangisan Qistina semakin tidak terbendung.

“Qis, kau kena kuat. Tak boleh lemah macam ini. Kau ingat tak pesan Ustaz Rizal semasa kuliah agama minggu lepas? Walau apapun dugaan yang Allah turunkan buat kita, semua itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keikhlasan kita dalam menerima ketentuanNya. Ini takdir yang harus kau terima. Kita hamba-Nya sentiasa layak diuji. Kau, aku dan semua manusia tidak terlepas daripada ujian, hanya yang membezakan kita adalah bentuk ujian itu sendiri. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah s.w.t tidak mahu ayah kau berperang dengan dirinya lagi dengan terus dihimpit rasa bersalah melihat kepayahan emak kau membesarkan kau adik-beradik sedangkan arwah tidak mampu menolong apa-apa. Ingat Qis, setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya hanya masa yang menentukannya. Masa kita juga pasti akan tiba. Redha ye Qis. Berdoalah untuk ayah kau, Qis semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin dan semoga kau akan bertemunya lagi di akhirat nanti.” Nasihat Irah apabila melihat Qistina sudah tidak mampu berkata-kata hanya linangan air mata menjadi saksi kesedihannya mengiringi pemergian ayah tercinta.

Dua pekan sudah berlalu. Irah semakin gelisah seperti cacing kepanasan apabila kelibat Qistina tidak muncul-muncul juga. Setiap pagi dia pasti akan menunggu Qistina di lobi bangunan universiti kalau-kalau kelibat Qistina kelihatan di situ tapi hampa. “Mana budak ni. Dia tak nak ambil ‘exam’ ke? Lagi seminggu je tinggal ni. Kuliah dah la banyak tinggal”. Irah mengomel sendirian. Petang itu dia yang menghantar Qistina ke KL Sentral dan Terminal LCC. Mujur ‘flight’ ke Kelantan masih ada.

Sejak itu Irah tidak mendengar lagi khabar berita daripada Qistina. Irah cuba menghubungi Qistina namun telefon bimbitnya dimatikan. “Dila, Qis ada ‘contact’ kau?” Sapa Irah apabila melihat kelibat Adilah, teman sebilik Qistina semasa berlegar-legar di lobi tersebut. “Sejak pagi itu, saya langsung tidak terima sebarang berita daripada Qis”. Balas Adilah. Sebenarnya, berita mengenai kematian ayah Qistina hanya diketahui Irah sahaja. Walaupun Adilah merupakan teman sebiliknya namun dia mendapat berita tersebut setelah dua hari keberangkatan Qistina ke kampung halamannya dan itupun melalui Irah bukan dari mulut Qistina sendiri.

“Semasa Qistina sedang bersiap-siap untuk ke kuliah, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada emaknya. Yang saya pelik lepas je mereka menamatkan perbualan, Qistina terduduk kaku di atas katil. Apabila ditanya dia kata tiada apa-apa. Dia mengelamun panjang sampai saya menyapanya kerana telah terlambat untuk ke kuliah,” Terang Adilah kepada Irah semasa diberitahu khabar mengenai pemergian ayah rakan sebilknya itu. “Ya Allah, tabahnya kau Qistina. Tak sangka aku dalam menerima khabar hiba itu kau masih boleh pergi ke kuliah, tersenyum dan berseloroh denganku sehingga aku sendiri tidak dapat membaca penderitaan yang kau tanggung. Maafkan aku Qis. Aku bukan sahabat yang terbaik buat kau. Maafkan aku” Irah bermonolog.

“Ah tak boleh jadi ni, aku tak boleh diamkan diri sebegini. Apa tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat? Takkan sekadar berdiam diri sedangkan sahabat baik yang selama ini banyak membimbingku sedang bermuram durjana. Aku mesti lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya aku tidak merasa bersalah pada diriku kerana membiarkan sahabatku sendirian menghadapi kesusahan. Aku mesti mencari tahu kenapa dia sudah lama tidak pergi ke kuliah.” Irah terus bermonolog dengan dirinya.

Setelah ‘check in’, Irah duduk di suatu sudut tempat menunggu sementara menanti untuk berlepas. Pandangan Irah tertarik pada sepasang suami isteri ‘orang putih’ yang sedang bergurau senda dengan puteri mereka yang dalam perkiraan Irah berusia lima tahun. Terdetik rasa cemburu dalam dirinya apabila melihat telatah manja anak kecil itu sambil bergelak ketawa bersama ibu bapanya. “Apakah khabar mama saat ini? Dah lama aku tak menghubungi mama. Ya Allah, semoga mamaku sentiasa dalam perlindunganMu”. Doa Irah dalam-dalam.Tanpa disedari menitis air hangat di pipinya.

Lamunannya terhenti lantaran terdengar pengumuman petugas yang mengarahkan para penumpang supaya beratur untuk menaiki pesawat. Irah segera menyeka air matanya sambil bergegas mengambil tempat di puluhan manusia yang sedang beratur menunggu giliran. Tidak seperti Qistina, Irah dibesarkan dalam keluarga yang agak mewah. Papanya memiliki sebuah perusahaan perkapalan yang berdiri teguh sehingga hari ini. Tapi sayang, kekayaan dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan malah bisa menggelapkan mata dan hati yang mudah goyah dengan hasutan syaitan. Papa Irah sering tidak pulang ke rumah dan meninggalkan mamanya yang sedang berperang dengan penyakit kanser payudara peringkat akhir sendirian di rumah.

“Gila! Berkasih-kasihan dengan perempuan yang hampir seusia dengan anak sendiri. Ah persetan semuanya! Biarlah papa dengan dunianya yang penting aku ada mama! Aku harus tabah untuk mama! Mama perlukan aku!” Bentak hatinya ketika melihat papanya berpegangan tangan bersama seorang perempuan muda yang berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun ketika dia sedang melewati sebuah pusat membeli belah. Ikutkan hati mahu sahaja dia menyerang perempuan tersebut tapi dia tahu itu hanya kerja yang sia-sia malah akan membuatkan dirinya malu. Namun, luluh benar hatinya itu apabila melihat papa yang diharapkan menerajui bahtera rumahtangga di samping memberi semangat buat mama yang sedang berperang dengan maut, berpeleseran dengan anak muda seusia dengan anak gadisnya.


Qistinalah yang selama ini banyak mendorong Irah untuk terus kuat menghadapi ujian hidup yang pastinya tidak akan sepi mendampingi hambaNya. “Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku teman sebaik Qistina di saat aku memerlukan tempat untuk mengadu”. Irah melakarkan rasa syukurnya.

“Assalamualaikum”. Irah memberi salam.

Sejurus kemudian, kedengaran orang menyambutnya dari dalam dan dengan perlahan-lahan daun pintu dibuka.

“Wa’alaikumsalam. Oo Irah rupanya. Jemput masuk Irah”.

Wanita dalam lingkungan empat puluhan itu mempelawa Irah masuk sambil menyalami tangan anak gadis itu. “Mak cik sihat? Salam takziah ye mak cik. Irah minta maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian pak cik tempoh hari”. Irah meluahkan kekesalannya. “Alhamdulillah mak cik sihat. Terima kasih Irah. Takpe makcik faham Irah sibuk. Bakal doktorlah katakan. Irah duduk dulu ye nanti mak cik panggilkan Qistina”. Pelawa mak cik Esah kemudian berlalu ke mana pun Irah tidak tahu.

Dia terus mengamati setiap sudut rumah itu. Sungguh sederhana malah baginya sungguh daif sekali. Kelihatan cahaya menembusi lubang-lubang kecil pada atap zink pondok usang tersebut. “Assalamualaikum Irah. Err..awak..” Sapa Qistina yang agak terkejut dengan kedatangan Irah. Lamunan Irah mati seketika. Dia lalu bangkit dan tanpa berlengah lagi dia terus memeluk erat tubuh Qistina. “Wa’alaikumsalam Qis. Kau sihat?” Irah semakin tidak tegar menahan tangis. Rindu benar dia dengan gadis kacukan Cina itu. “Alhamdulillah. Saya sihat. Awak? “. Sahut Qistina. “Alhamdulillah sihat juga. Tapi kenapa kau dah lama tak ke kuliah? Banyak yang kau dah tertinggal. Minggu depan dah nak ‘exam’. Semua orang risaukan kau, Qis.Banyak kali aku cuba hubungi kau tapi ‘handphone’ kau sentiasa ‘off’. Kenapa Qis?Kau ada masalah ke?”. Bertubi-tubi pertanyaan yang dilontarkan.

“Maafkan saya Irah kerana menyusahkan awak sehingga sampai ke sini awak mencari saya. Maafkan saya”. Qistina tertunduk. Kelihatan manik-manik kaca gugur membasahi lantai kayu kediaman tersebut. “Qis, kenapa?” Irah menggenggam erat jari-jemari Qistina. “Irah maafkan saya. Saya tidak mampu lagi untuk meneruskan pengajian. Saya orang susah Irah. Saya nak berhenti.” Irah tersentak. Mukanya tiba-tiba menjadi merah dan bengis sekali sambil air mata tetap tidak henti-henti mengalir meraikan suasana suram petang itu. “Apa Qis? Kau nak berhenti? Kau ulang sekali lagi! Aku tak dengar!” Irah tiba-tiba menjadi marah.

“Maafkan saya Irah. Saya nak tolong mak saya. Biarlah adik-adik saya yang meneruskan cita-cita saya. Saya tak sanggup melihat mereka berhenti sekolah gara-gara kesempitan hidup yang kami alami. Mereka masih kecil dan tidak seharusnya menanggung penderitaan ini. Jadi biarlah saya yang berkorban. “Qis!Apa yang kau cakapkan ni? Kau sedar ke tak apa yang kau cakapkan ni?Kau tahukan kita tinggal setahun setengah je lagi untuk ‘graduate’? Kau tahukan bukan mudah untuk sampai ke tahap ni tapi senang-senang je kau nak mengalah sekarang! Kau kata nak tolong emak dan adik-adik kau tapi apa yang kau mampu buat? Kelulusan apa yang kau ada? Setakat jual kuih? Kerja kilang? Berapa sangat yang kau dapat untuk membantu adik-adik kau? Cukupkah Qis? Berbanding jika kau bertahan untuk setahun setengah je lagi."

Sambil memegang wajah Qistina, Irah menunjukkan ruang-ruang di rumah tersebut. “Kau tengok ni!Kau tengok atap ni .Mampukah kau mengubahnya menjadi atap genting? Mampukah kau mengubah papan-papan ini menjadi batu? Mampukah kau mengubah kehidupan kau sekarang dengan mengalah sebegini?.Aku tahu Qis, wang bukanlah tujuan utama ‘profession’ ini tetapi sifat kemanusiaan itu sendiri. Kalau kau masih ingat dulu kita sama-sama pernah membina impian ingin berkhidmat untuk agama dan bangsa terutama mereka yang susah. Apa kau sudah lupa?Kalau kau undur diri apalah nasib rakyat kita yang mengharapkan pertolongan kau suatu hari nanti Qis? Lupakah kau kerjaya ini yang kau idam-idamkan sejak kecil? Tidak semua orang berpeluang tapi bila kau dah sampai tahap ni senang je kau nak tinggalkan. Kau pentingkan diri sendiri Qis! Sampainya hati kau nak tanamkan jauh ke bumi harapan emak dan ayah kau!”Irah semakin hilang sabar.

“Qis, aku dah malas nak cakap dengan kau lagi. Aku tak pernah ada sahabat yang cepat benar putus asa! Qistina yang aku kenal dulu sungguh tabah dan tidak pernah mengalah berperang dengan nasib hidup! Kalau profesor dan kawan-kawan tahu pasti mereka gelakkan kau, Qistina! Kau dah lupa kata-kata semangat yang pernah kau ungkapkan sebagai perangsang untuk aku terus bertahan melawan takdir hidup aku? Inikah Qistina yang amat aku kagumi dulu?” Irah terus lontarkan kekesalannya. “Irah, awak tak paham.” Qistina cuba membela diri.

"Dah la Qis, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku balik dulu. Ambillah nota-nota ni. Kalau kau rasa ianya berguna untuk kau, kau tahu apa perlu kau buat. Aku tak kisah bersusah-payah demi sahabat tapi kalau kau sendiri putus asa dengan nasib kau apa aku boleh buat. Kalau kau rasa masa depan kau, emak dan adik-adik kau masih ingin kau bela, kau bacalah dan aku tunggu kau di dewan peperiksaan minggu depan. Sungguh aku menyesal kerana terlalu mengharap pada orang yang tidak ada matlamat hidup ni. Kau buatlah apa yang kau rasa terbaik!Semoga kau berjaya, Qis. Assalamualaikum”. Irah berlalu tanpa sempat membenarkan sepatah kata daripada Qistina untuk membela diri.

Air mati semakin galak menghujani pipi gebu Qistina. Pilu benar hatinya mengenangkan pengorbanan yang Irah hulurkan tapi berakhir dengan kekecewaan. “Maafkan saya Irah. Saya tak mampu. Maafkan saya”. Qistina menyesali diri sendiri. Sebentar lagi peperiksaan akhir semester tujuh akan bermula. Selepas ini mereka akan bersiap-siap pula untuk menjalani praktikum di hospital yang terpilih. Wajah setiap mahasiswa menampakkan kegelisahan. Ada yang lebam-lebam matanya akibat kurang tidur dan ada juga yang pucat lesu bagai mayat. Maklumlah inilah penentunya setelah bersusah payah selama hampir tiga tahun setengah untuk sampai ke tahap ini. Sesuatu yang pastinya bukan mudah.Segala pengorbanan dan kesungguhan tidak akan disia-siakan demi menggapai impian menjadi tunggak harapan bangsa dan agama. Semua pelajar mendapatkan tempat duduk masing-masing sesuai dengan angka giliran. Irah kelihatan sungguh gelisah dan acap kali juga dia melemparkan pandangan mencari-cari kelibat tubuh Qistina namun hampa. “Aku kecewa Qistina”. Irah tertunduk.

“Baiklah semua pelajar, peperiksaan akan dimulakan lima minit lagi. Sila semak angka giliran dan maklumat yang tertera pada kertas jawapan. Pastikan semuanya betul.” Pesan Prof. Madina kepada pelajar-pelajarnya.

“Prof! Maafkan saya kerana terlambat”. Pinta seorang mahasiswi yang agak kelam kabut dan sesekali dia menarik-narik nafas yang seakan sukar untuk dilepaskan.

Irah mengangkat kepalanya seolah-olah dia kenal benar akan suara tersebut.“Qistina! Alhamdulillah”. Irah menarik nafas lega. Dari jauh, Qistina melemparkan pandangan pada Irah dan mereka berbalas senyuman. “Terima kasih Irah. Kaulah sahabat saya di dunia dan mudah-mudahan di akhirat juga”. Kata Qistina pada Irah semasa keluar dari dewan peperiksaan. “InsyaAllah. Mudah-mudahan ukhwah ini sentiasa dalam perlindungan-Nya dan semoga kita sama-sama dapat menjadi seorang doktor yang beriman dan berbakti kepada masyarakat dan agama. InsyaAllah. Kita boleh!” Kata Irah penuh semangat. “Ya kita pasti boleh! Semangat!!” Sahut Qistina.


Kasih Sayang Adik & Kakak


Aku cuma ada seorang adik. Usianya empat belas tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!!"


"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Adakah kita sanggup sungguh2 berkorban untukNYA sbg bukti cinta dan kasih kita?

p/s : kpd sesiapa je yg masih menganggap kakak (adik) / adik (kakak), silalah menyayangi beliau sebaik mungkin.. huhu..

Tuesday, May 12, 2009

Makan-makan !!!


Fuhhh!!.. syukur alhamdulilah coz sudah genap usiaku yg ke-23 thn.. kini ku berdoa agar ku semakin matang utk di masa akan datang.. insyaAllah.. x nak banyak membuang mase di blog utk menaip kerana aku agak keletihan hari ini setelah penat mentelangah note2 utk final exam yg akan tiba x lame lagi.. aku just nk share sedikit tentang makan2 bersama keluarga dalam menyambut hari lahirku.. aku bercadang utk makan2 di Restoran Nelayan Titiwangsa, Kuala Lumpur.. beraneka jenis makanan seafood yang ada, antaranye, nasi minyak, keow teow goreng, puding, buah-buahan, ketam, udang galah, sotong, dan sebagainye.. sambil2 makan, kami berhibur hati dengan dendangan lagu2 romantis, jamal abdillah, gelak tawa kami sekeluarga, telatah org2 awan, dan sebagainye.. mmg sungguh meriah mlm tue.. enjoy !!! .. sesudah kekenyangan, ada sedikit hadiah yg diberikan oleh adikku no-2, iaitu hadiah baju.. hadiah2 ini diberikan kpd mak (sempena hari ibu), abah (sempena hari lahirnye), dan isna (sempena hari lahirnye kami berdua-isna n elly).. sungguh cantik..


p/s : terima kasih elly coz hadiahkan kak ina baju t-shirt.. i like it !!..

Amalkan 7 kalimah =)

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya


p/s : untuk rujukan diri sendiri :)

Monday, May 11, 2009

Hepi Besday Ina !!!

~ SeLaMaT HaRi LaHiR IsNa ~

~ Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, cepat ketemui jodoh dengan orang2 yang soleh, dan diberkati oleh Allah S.W.T. ~


~ Amin ~


~ Antara ucapan yang ku terima dari sahabat2, kawan2, teman2 adalah :- ~


a) Lina ~ semoga panjang umur, sukses dlm bidang diceburi, tegar dlm mengharungi liku2 hidup, and lastly, semoga ketemui jodoh dgn se-hot aaron aziz.. hehe..


b) Anwar (ex-IIC) ~ gud luck in ur live and study..


c) Wani ~ ucapan msg yg sgt cantik tp panjang lak nk taip..


d) Darul (ex-IIC) ~ I've climb up your sms window, juz wanna say "Happy Birthday" ..


e) Hanis ~ Selamat Hari Lahir 23 thn !! 5 besday wishes 4 besday girl !!


f) Shuhada ~ Semoga sentiasa dirahmati Allah, dipercepatkan jodoh..


g) Liana Rosli ~ Tutup mata dua2 lah !! chaak, happy besday sis !!


h) Aina (ex-IIC) ~ senyum selalu, semoga berbahagia selalu..


i) Ita ~ Selamat Hari Jadi, coklat daim ada nie..


j) Mukhlis ~ Selamat Hari Jadi, Kak Isna..


k) Abahku ~ Happy Birthday, semoga panjang umur n murah rezeki..


l) Anfal ~ semoga panjang umur n murah rezeki selalu.. doakan akak berjaya dunia akhirat..


m) Humaira (ex-St. Mary) ~ Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur n murah rezeki, amin..


n) Khalid ~ Selamat Hari Lahir, semoga kehidupan lebih ceria dan diberkati oleh-Nya..


o) Leha (kakak sepupuku) ~ Selamat Hari Jadi Kak Ina & Elly..


p) Shafa ~ Happy Belated Besday !!!


p/s : thanks semua atas ucapan korang.. saya akan sentiasa mengingati kalian ever n forever..

May Means :D

MAY


1. Stubborn and hard-hearted

2. Strong-willed and highly motivated

3. Sharp thoughts

4. Easily angered

5. Attracts others and loves attention

6. Deep feelings

7. Beautiful physically and mentally

8. Firm standpoint

9. Easily influenced

10. Needs no motivation

11. Easily consoled

12. Systematic (left brain)

13. Loves to dream

14. Strong clairvoyance

15. Understanding

16. Sickness usually in the ear and neck

17. Good imagination

18. Good debating skills

19. Good physical

20. Weak breathing

21. Loves literature and the arts

22. Loves travelling

23. Dislike being at home

24. Restless

25. Hardworking

26. High spirited

27. Spendthrift