"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Monday, April 18, 2011

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

== Bismillahirrahmannirrahim ==

Kaifa halukum ntum / ntuma??. Ana di kesempatan ini ingin berkongsi sedikit perkongsian ilmu yang bertajuk " 5 perkara sebelum 5 perkara ". Sama-sama kita renungkan post ilmu ana.



Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang penuh barkah ini, penghulu segala hari. Tidak berlaku kiamat pada hari lain kecuali hari Jumaat, marilah sama – sama kita renungkan sejenak nukilan dibawah ini. Semenjak kebelakangan ini, kita semua telah mendapat banyak email yang mengkhabarkan ramai sahabat kita yang telah kembali menemui Ilahi. Marilah kita insafi diri kita dengan hadis dibawah ini. Moga – moga Allah member hidayah dan petunjuk kepada kita semua untuk terus kita menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepadaNya.

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau sakit, masa kaya mu sebelum engkau miskin, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian" ... Muslim dan muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama – sama perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung secara tersirat dan tersurat hadis diatas.


1. SIHAT SEBELUM SAKIT – Marilah kita lakukan sesuatu perkara yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kapada diri kita dan orang disekeliling kita semasa kita masih sihat. Pada masa yang sama kita wajib bersyukur kepada Allah S.W.T dengan anugerah kesihatan yang tidak ternilai ini sebelum Allah menarik balik nikmat tersebut dalam diri kita.


2. MUDA SEBELUM TUA – Waktu kita muda inilah saatnya kita berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kita kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua kita tidak lagi memikirkan hal duniawi.


3. KAYA SEBELUM MISKIN – Waktu kita kaya berharta itulah kita harus menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita menghadapNYA.


4. LAPANG SEBELUM SEMPIT – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman kita.Isikanlah masa lapang kita dengan bersama keluarga dan anak – anak dan juga perkara –perkara yang membuat kita ingat kepada kebesaran Allah S.W.T


5. HIDUP SEBELUM MATI – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh kita lakukan dan apabila kita telah mati hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya hanya sekadar mengingati kepada semua saudarakita di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, sama – sama kita muhasabah diri kita pada hari ini adakah kita selama ini telah memenuhi semua perintah Allah atau kita melakukan segala larangan.


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan

Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan



Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih



Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam

Berserta Fatihah, Selawat dan doa

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?



Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat

Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan makanan ulat



Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke Pusara



Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'



Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan



Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal

Bukan yang pergi



Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan

Serta menikmati rezeki Tuhan



Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air mani yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah

Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patuk itik tak sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat



Lahirmu bukan untuk dunia

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat



Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'

Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'

Jalan kemenangan akhirat dan dunia



Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan

Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera

Isteri, kad kredit dan kereta

Kondominium, saham dan niaga

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.



Tuesday, April 5, 2011

202 post





bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah.. syukur ke hidrat illahi kerana ana masih berpeluang untuk post ana punya blog yang kini hampir mencecah ke 202 post dengan pelbagai perkongsian ana telah dikongsikan kepada sahabat2 ana di blog ana ini.. 202 post adalah satu nombor yang cantik dimana ada banyak makna dalam nombor tersebut..


apapun, ikutilah post-post ana seterusnya dengan banyak lagi ilmu perkongsian yang ana ingin berkongsi bersama sahabat2 ana di blog ini.. nantikan post ana yang lebih menarik perkongsian ilmu akan ana huraikan dengan tajuk2 menarik dan mendalam maksudnya.. insyaAllah..


syukuran jazakumullah khairan katheera..


waallahu'alam..