"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Sunday, November 14, 2010

Novel : Riwayat Bidadari Syurga





:: Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih, Lagi Mana Penyayang ::


Alhamdulillah, lama sudah ana tidak menulis blog.. di keizinan masa yang ada ini iaitu ana menaip di pejabat dan jam di desktop menunjukkan 12.00 tengahari.. syukur alhamdulillah.. waktu yang paling cantik.. ana arinie sepertinya keadaan tidak ada mood.. why??.. let's it go the problem inside myself lonely.. arrgghhh.. i'm hate this problem..


Tidak ingin memanjangkan cerita, ana beberapa bulan lalu ada menerima senafkah buku novel yang bertajuk " Riwayat Bidadari Syurga " dimana penulisnya Munif Ahmad, dari Hijjaz Records Publishing.. nafkah ini dihadiahkan kepada ana dari sahabat ana yang sangat intim dengan ana masa di Institusi Usrah.. satu2nya kelab Islam yang ada sehingga kini..


sekadar perkongsian ilmu, ana nak mencoret sedikit nukilan dari buku novel tersebut.. " Riwayat Bidadari Syurga " adalah satu2nya nama tajuk yang menarik untuk dibaca oleh ntum semua iaitu kaum muslimat yang sesama Islam dengan kita.. haruman " Riwayat Bidadari Syurga " menebarkan aroma segar yang membangkitkan rasa insaf dan kagum pada keagungan Kudrat Maha Pencipta.. Subhanallah..... dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah.. dalam kehalusan jemari, tergenggam utuh janji abadi pada yang Esa.. dalam malu, suara tegar mereka mampu menggegar dunia.. Siapakah yang dapat menandingi kehebatan mereka, para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga??.. sungguh, tanpa diminta, riwayat mereka melintasi ruang zaman dengan megah.. menyampaikan mesej, harum mawar bukan sekadar untuk dicium, indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi tetapi durinya mampu menarik hati yang musyik, memberi iktibar tanpa rasa gentar..


Bukan sekadar lagu, Munif Ahmad turut mengabadikan riwayat agung para bidadari ini di dalam buku ini.. lagu2 ciptaan beliau seperti Sumayyah, Balqis, Aisya Humaira, dan Siti Khadijah kini dihurai dan dihimpunkan di dalam buku " Riwayat Bidadari Syurga " ini..


Aduhai para Bidadari Syurga...


Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan ana tertanya2.. mampukah ana menjadi seperti kalian??.. layakkah ana berdiri disisi kalian??.. sedangkan sejarah ana tak setanding riwayat kalian, pengorbanan ana tak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan ana tak sehebat pengabadian kalian.....


~~ " Riwayat Bidadari Syurga " menambat hati pada yang Esa ~~