
:: 2 Insan, 2 Jasad, 2 Minda Bertemu.. 1 Fikrah, 1 Matlamat, 1 Cita-Cita ::
Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?
Sunday, December 27, 2009
~ Muhasabah Diri ~

Sunday, December 20, 2009
1431 H

Sunday, December 13, 2009
Revolusi IQ

REVOLUSI IQ . EQ . SQ
~ Menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan Quran dan teori neurosains mutakhir ~
Sinopsis novel :-
Minda adalah anugerah Tuhan kepada manusia.
Ia adalah pintu gerbang segala kehebatan.
Semakin dalam manusia mengkaji dan meneroka mindanya, semakin banyak kehebatan yang terpancar dalam dirinya.
Namun, minda yang tidak dipandu oleh wahyu mudah tersasar. Kehebatan yang terpancar tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti diri manusiawi. Akhirnya, semakin dalam minda diterokai, semakin menebal perasaan bongkak dalam hati.
Revolusi IQ – EQ – SQ menyoroti tirai misteri struktur dan fungsi minda yang kompleks. Ia menjelaskan aspek berkaitan minda daripada dua perspektif iaitu agama dan sains. Ia membahaskan teori IQ – EQ – SQ melalui landasan Quran tanpa menafikan penemuan – penemuan dalam disiplin ilmu neurosains. Setiap aspek dijelaskan melalui bahasa yang mudah dicerna bagi memudahkan pembaca memahami, meghayati, dan menterjemahkannya dalam reality.
Justeru, marilah bersama-sama memanfaatkan ia dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada potensi minda supaya ia dapat diserlahkan secara maksimum dan bijaksana.
*** Tentu anda ingin tahu :-
- 1. Apakah perspektif Quran dan sains terhadap kecerdasan?
- 2. Apakah aspek istimewa di dalam otak yang membolehkan manusia berfikir?
- 3. Apakah persamaan dan perbezaan IQ – EQ – SQ dan bagaimana ia membantu dalam meningkatkan kecerdasan minda manusia?
- 4. Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena Eureka?
- 5. Bagaimana manusia dapat membangkitkan kecerdasan secara sepadu seperti yang diajarkan dalam Quran?
Thursday, November 26, 2009
Salam Aidiladha

Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim terlalu inginkan seorang anak setelah beberapa tahun berkahwin. Setelah sekian lama menunggu akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata melalui Siti Hajar. Namun kegembiraan tu tidak lama kerana beliau diperintahkan untuk mengorbankan satu-satunya anak yang paling disayanginya itu. Cubalah kita bayangkanlah betapa besar dan kuatnya iman Nabi Ibrahim ketika syariat Allah tu tiba.
Sebenarnya bukan lembu atau kambing itu yang dipandang Allah dalam ibadah korban. Itu hanya simbolik mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut. Malah zaman sekarang sudah ramai yang mampu korbankan beberapa ekor lembu dengan harta yang dimiliki. Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati kesan ibadah tersebut. Betul-betul berasa telah mengorbankan sesuatu untuk agama kita.
Dalam kita mencari rezeki dalam dunia ni, seringkali kita lupa saat kematian kita. Bermacam-macam dosa telah kita lakukan. Tapi Allah tetap beri kita umur yang panjang, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sebagainya. Justeru, cubalah kita berusaha berkorban walau sedikit untuk dekatkan diri kepada Allah. Jauhi perkara yang dilarang dan patuhi apa yang disyariatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada semua umat manusia. Wallahua’lam.
Wassalam.
p/s : Mohon maaf kepada semua teman2 ku yang kini berada di kampung halaman masing2.. Selamat Menyambut Aidiladha 2009 (1430 H)