"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Friday, January 1, 2010

Catatan Setahun 2009







Alhamdulillah, hanya beberapa jam sahaja lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirainya.. dan kini 2010 akan kembali ke alaf baru untuk meneruskan perjuangan di tahun baru.. seperti yang tidak aku sangkakan, pejam celik... pejam celik... dah genap sepuluh tahun masa berlalu.. usia pulak makin lama makin meningkat.. haihh.. kejap je usia aku dah masuk 24 tahun.. hahaha.. bak kata org, " get ready la apa yang patut ".. maksud mendalam, faham2 aje la.. hehehe..


Sepanjang tahun 2009, begitu banyak sejarah, pengalaman, kisah suka duka, pahit manis, sedih gembira telah kita lalui bersama.. kadang2 masa itu selalu mencemburukan kita kerana masa itu ibarat satu putaran roda yang sering berputar setiap hari dalam kehidupan kita.. aku sendiri sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan pada tahu baru, ramai di kalangan generasi zaman sekarang tidak kira usia samada tua @ muda, masing2 mempunyai azam mereka sendiri.. ada antara mereka yang berkata, " apa azam ko tahun baru?? ".. ada yang menjawab, aku tak ada azam lagi, aku nak kahwin la, aku nak fokus belajar la, dan macam2 lagi.. haihh.. macam2 hal la mereka ini.. setiap manusia ada mission and vission tersendiri.. what is good in the future.. (^_^)


Catatanku kali ini adalah apa yang berlaku di sepanjang tahun 2009, beribu satu kenangan telah pun aku tinggalkan samada suka, gembira, sedih, duka, dan lain2.. apa yang cuba aku rasakan pada 2009 adalah gembira kerana ada kenangan yang manis di kala saat2 ketika itu.. pengenalan berkawan sudah pun genap setahun berlalu.. banyak memori yang tidak dapat dilupakan until forever.. it's always in my heart and i will take care for it.. di kala sedih dan duka, akan ku ambil sebagai satu pengajaran atau teladan dalam menempuhnya di masa2 akan datang supaya ia tidak berulang kembali sehingga boleh menyakiti hati.. huhu.. but, when i hear it, i should throw away very far because i don't like to make myself feel down or sad everytime.. my life should be happy everyday and always make people smile..
Furthermore, not forget to all my best friend that always beside me and love me already not around.. some of them already married, get a good job, finish studies, and so on.. i remember them everytime when i'm not doing anything.. all my best friend photo always in front of my office table.. i miss my friend such as sis lina, sis kym, bro pejal, bro khair, bro ekey, and all my adik yang close to me.. and not forget, my special adik (adik shafa).. she is the only one that i really love.. but not least, i also miss all my tanzim iu 0809 friend that before this we are together until now.. (^_^)
Before i ended, i just want to share to all my friend overthere, " Jangan sesekali meninggalkan solat, berzikir, membaca al-Quran, dan sebagainya ".. ia adalah satu tiang agama yang perlu ada dalam setiap diri kita.. muhasabah diri juga penting dalam diri setiap individu.. in other word, " Kita hanya merancang, Allah menentukan segala2nya ".. wallahu'alam..

Sunday, December 27, 2009

~ Muhasabah Diri ~



Muhasabah diri.. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri.. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan.. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakuakn kesilapan yang sama berulang2 kali.. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf.. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal".. Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik.. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan.. Na'uzubillahiminzalik..


[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian.. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat.. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif.. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia.. Ini lah bahaya nya.. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi.. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini..]


p/s : petikan dari salah satu penulisan yang saya kira sangat bagus.. Kesimpulannya, jangan penat untuk melakukan kebaikan..


Saya menulis disini bertujuan mengingatkan diri sendiri juga sahabat2 diluar sana kerana salah satu tujuan penciptaan manusia adalah sebagai khalifah di bumi ciptaanNya.. Tegur-menegur, nasihat-menasihati memainkan peranan antara kita semua supaya kita dapat menilai seterusnya bermuhasabah bagi mengelakkan diri melakukan kesilapan lagi.. Tawakkal, istiqamah, seterusnya husnul khatimah...



Sunday, December 20, 2009

1431 H





~ Selamat Menyambut Awal Muharam 1431 H ~


Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.


p/s : lambat post coz tika itu, aku berada di Johor Bharu..


Sunday, December 13, 2009

Revolusi IQ


REVOLUSI IQ . EQ . SQ


~ Menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan Quran dan teori neurosains mutakhir ~


Sinopsis novel :-

Minda adalah anugerah Tuhan kepada manusia.

Ia adalah pintu gerbang segala kehebatan.

Semakin dalam manusia mengkaji dan meneroka mindanya, semakin banyak kehebatan yang terpancar dalam dirinya.

Namun, minda yang tidak dipandu oleh wahyu mudah tersasar. Kehebatan yang terpancar tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti diri manusiawi. Akhirnya, semakin dalam minda diterokai, semakin menebal perasaan bongkak dalam hati.

Revolusi IQ – EQ – SQ menyoroti tirai misteri struktur dan fungsi minda yang kompleks. Ia menjelaskan aspek berkaitan minda daripada dua perspektif iaitu agama dan sains. Ia membahaskan teori IQ – EQ – SQ melalui landasan Quran tanpa menafikan penemuan – penemuan dalam disiplin ilmu neurosains. Setiap aspek dijelaskan melalui bahasa yang mudah dicerna bagi memudahkan pembaca memahami, meghayati, dan menterjemahkannya dalam reality.

Justeru, marilah bersama-sama memanfaatkan ia dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada potensi minda supaya ia dapat diserlahkan secara maksimum dan bijaksana.


*** Tentu anda ingin tahu :-

  1. 1. Apakah perspektif Quran dan sains terhadap kecerdasan?
  2. 2. Apakah aspek istimewa di dalam otak yang membolehkan manusia berfikir?
  3. 3. Apakah persamaan dan perbezaan IQ – EQ – SQ dan bagaimana ia membantu dalam meningkatkan kecerdasan minda manusia?
  4. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena Eureka?
  5. 5. Bagaimana manusia dapat membangkitkan kecerdasan secara sepadu seperti yang diajarkan dalam Quran?


p/s : thanks sahabat kerana hadiahkan novel ini.. sgt best ~