<<>>
Wanita teladan sentiasa sedar diri untuk menjalankan perintah-perintah Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang-Nya dengan cara mencurahkan segala jiwa dan raga hanya untuk Allah, dan itulah esensi dari pengertian taqwa..
Adapun bakti kepada orang tua dan taat kepada suami adalah aplikasi dari taqwa kepada Allah. Ini bererti bahawa wanita teladan selalu melakukan ibadah baik berupa solat mahupun melakukan aksi atau perbuatan hanya semata-mata kerana Allah, bukan kerana yang selain-Nya..
Wanita teladan sentiasa melaksanakan hal-hal yang telah difardukan oleh Islam dengan tiada memilih-milih jenis ibadah yang dirasa ringan, sesuai dengan kemampuannya seoptimal mungkin..
p/s : terima kasih sahabat kerana bagi buku ini untuk ana.. syukuran ~~



















