"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Sunday, August 1, 2010

Lari & Pergi...



In The Name Of Allah, The Most Gracious, and The Most Merciful

La Tahzan ~


Kadang-kadang rasa kekecewaan itu, kemuncak kesedihan itu adalah tangisan. Dan akhirnya diam itu pilihan yang terbaik. Semoga diam kita itu mendatangkan zikir dan fikir, insyaAllah.

"...Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya", (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd, ayat 27-28)



Mungkin kerana kita masih punya hati~


Rasa cinta, rasa kasih sayang sesama manusia itu tidak akan semanis yang diharapkan jika tiadanya cinta kepada Allah S.W.T. Apalah makna cinta kepadaNYA jika tidak berusaha melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

"...Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu..." (Surah Al-Hujurat, ayat 7)


Jom mencari sakinah~


InsyaAllah untuk beberapa hari ini, ana akan mencari kebahagiaan buat diri ana yang sentiasa dalam kekecewaan dan kekeliruaan dalam mencari sebuah jawapan.. Semoga Allah permudahkan segala urusan ana.. didalam kekecewaan ini, ana ingin sekali
untuk bertemu orang-orang yang ana kasihi di sana.. :)

Semoga pemergian ini bukan suatu pelarian tetapi untuk mendapatkan kembali apa yang sedikit kehilangan di sini.. Mudah-mudahan kepulangan kelak membawa diri yang lebih kental jiwanya..

Rabbana Yusahhil~


p/s: Akhirnya.....


Monday, July 26, 2010

15 Sya'aban



In the Name of Allah, The Most Gracious, And The Most Merciful

Alhamdulillah.. di kesempatan ini, ana masih lagi bernafas di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. syukur ke hidrat Illahi atas limpah rahmat diberikan kepada hamba-Mu ini..

Pada kedatangan bulan yang sungguh dinanti-nantikan oleh semua umat Islam ialah " Bulan Sya'aban ".. alhamdulillah.. masa begitu pantas berlalu tanpa dalam disedari dengan segala tugasan2 samada di luar atau di dalam..dengan kesibukan kita sekalipun, jangan sesekali kita melupakannya tentang kedatangan bulan rahmat yang diturunkan iaitu " 15 Sya'aban (Nifsu Sya'aban)..

Apa itu " Nifsu Sya'aban "??.. jawapannya sudah ada di dalam pemikiran ana.. maka ana ingin berkongsi buat semua pembaca blog ana samada sahabat2 ana, ustaz & ustazah ana, serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ana..

Jawapannya :-

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku
catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam



Saturday, July 3, 2010

My Post Under Construction



@ Assalamualaikum !!! @


For more and more, ana nak memohon maaf kepada semua pembaca blog ana diatas kesulitan masa untuk mengupdate blog post yang begitu lama jugak pending.. bila dah berkerja & berkarier ni, masa ana banyak dihabiskan di pejabat dengan tugasan2 yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah.. (@_@)


InsyaAllah, jika ada masa terluang, ana akan update the latest info from time to time.. moga Allah memudahkan segala urusan ana dimasa2 terdekat ini.. ameen (^_^)


Buat semua sahabat2 ana di blog ini, bersabarlah dalam menantikan posting ana seterusnya.. banyak ana nak berkongsikan dengan semua pembaca sahabat ana di blog ini..


Mana2 ilmu yang ada, sama2 la kita kongsikan bersama.. insyaAllah.. (@_@)


~ Jazakumullah Khairan Katheera ~