"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Wednesday, February 9, 2011

Syurga yang diidam, Neraka yang terhidang

assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, dalam memasuki tahun baru 2011 ana tidak kesampaian untuk mengupdate ana punya blog kerana kesuntukan masa ana yang tidak teringat untuk diluangkan di depan laptop. Dalam perkongsian ana kali nie adalah apa yang ana perolehi dari mengikuti beberapa program usrah 2 bulan yang lepas iaitu bertajuk seperti di atas. Harap antum / antuma dapat meluangkan masa untuk menyinggah ke blog ana membaca perkongsian tersebut.

Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Segala jenis kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinasikan kematian, lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan kejap. Justeru manusia asyik berbalahan mengemudi kehidupan sendiri, apatah meladaani kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila – bila pun.




Kita datang daripada tiada. Daripada kosong, lalu menjadi ada dan hidup. Titik ilmu kita bermula di situ. Kemudian kita akan tiada dan mati, lalu titik ilmu berakhir di situ. Kita menjadi tanah setanah – tanahnya. Kita mati kutu di situ tanpa petunjuk satu pun untuk memperkenalkan kehidupan dan kematian kita yang tercetus sekitar 70 tahun perjalanan masa!


Jika ada manusia perkasa melayarkan enjin dan kuasa otak fikirnya buat meneropong apa yang sebelum air maninya atau apa yang selepas tanahnya, dia pasti akan keluar dan kembali dengan kebingungan, kebuntuan dan kalah. Atau, jika dia enggan mengalah lalu menghunus ego dan keras kepalanya lalu menjawab itu dan ini, maka dia tidak akan lebih selain menyumbang sangkaan, teka – teki dan keraguan yang menambahkan sesat dan pesong manusia seluruhnya.


Itulah kehidupan 70 tahun kita yang penuh rahsia yang disirat kejap. Bayangkan bagaimana jika disumbat otak ini untuk memikirkan berjenisan lagi kehidupan lain yang berbilionan banyaknya di alam semesta ini. Yang lahir hari ini dan sedia mati esok seperti episod hidup sesetengah serangga yang merayap halus di bumi atau yang telah lahir wujud dan hidup semenjak jutaan tahun dulu dan entah bila hujung hayatnya akan menyembah lantai kematian. Bayangkan betapa terbebannya akal ini untuk memikirkan.


Berfikirlah berat – berat. Atau, berfikirlah ringan – ringan. Ah, kebanyakan manusia memilih jalan yang kedua. Enggan menerima kesukaran dalam kehidupan. FirmanNya: “Dan Kami tunjukkan manusia dua jalan. Maka dia enggan mendaki yang sukar.” – al Balad: 10-11


Sekarang, anda lihatlah pada manusia dan kehidupan. Ada seribu satu tafsiran mengenai kehidupan dan manusia memilih sesuka hati dan sekehendak mereka jugalah jika mahu menukarkannya pada bila – bila masa sahaja. Masing – masing ada pegangan, cara dan matlamat untuk dikejar sepanjang hidup sebelum mati itu tiba – tiba datang menyentap tanpa tawar – menawar dan belas kasihan lagi. Hidup adalah realiti yang mesti dikecapi dan mati adalah bagai hantu!


Mari melihat permainan manusia mengejar kelazatan hidup atau mari melihat manusia membina syurga sendiri. Jika mahu hidup mewah, wang dan harta adalah sandaran dan bekalan. Jika tidak, anda dibebani hutang lalu menjadi buruan dan ketakutan. Jika mahu kuat dan tersohor, kuasa adalah sandaran dan tongkat. Jika tidak, anda akan rebah dan terhina sekali. Jika mahu kedudukan dan dihormati, sokongan dan anak buah adalah sandaran dan tiang. Jika tidak, anda akan ditendang dan dicemuh.


Harta itu sedikit. Kuasa itu terhad. Sokongan itu akan hilang. Jika manusia merebuti harta, kuasa, kedudukan dan sokongan, mereka akan saling bertembungan, lalu wujudlah persengketaan dan peperangan. Syurga yang diidam, neraka yang terhidang.


FirmanNya: “Adakah manusia akan memiliki apa saja yang diidamkannya? ( Tidak ) Maka milik Allahlah akhirat dan dunia ini.” – al Najm: 24-25


Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga. Ia terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu jauh untuk menjadi milik kita. Dunia ini, kita dimiliki lebih mudah difahami daripada kita memiliki. Kita diumbang – ambing oleh satu ketentuan yang begitu teguh dan pasti.


Inilah hasil dan akibat ‘berfikirlah ringan – ringan’. Inilah hasil keseronokan, bersenda gurau dan bermain – main di sekeping papan di tengah – tengah lautan luas dan ganas. Kehidupan ini selalu saja memuntahkan laharnya yang kejam untuk membunuh segala harapan.


Tetapi lahar kehidupan tidak kejam mutlak. Ia memang membakar tetapi rupanya ia turut membajai kehidupan di depan. Ia rahsia dan bagai umur yang memanjangkan kehidupan untuk dihuni kebenaran dan kekudusan.


Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan ujian yang ditempuhi akan turut dikurniai ruang, buah – buah dan masa untuk kembali berfikir. Merenung jauh dan jauh ke dalam. ‘Berfikirlah berat – berat’. Ia satu desakan yang tidak boleh ditolak mentah – mentah lagi. Ia lahir bersama kehidupan yang penuh rahsia dan hijab ini.


Manusia layak berfikir berat – berat. Ia bukan haiwan binatang untuk berfikir mudah – mudah dan ringan – ringan. Manusia bukan binatang yang hidup untuk memakan dan dimakan! Manusia hidup untuk menyumbang kepada kehidupan.


Akhirnya, manusia mula berfikir dan bercakap mengenai hakikat kehidupan. Manusia mencuba – cuba memerhati kehidupan dan apa yang mengelilinginya. Mereka mula mengesani kewujudan yang gagal disentuh panca indera, tetapi dikesan oleh hati, akal dan rasa. Ia mengesan tanda dan menanda kesan. Kesan menjadi begitu bernilai untuk mengenal hakikat.


Nasi lebih dikenal pada kesan kenyangnya, bukan putih lembutnya. Lembu lebih dikenal pada tanda tapak kaki dan tahinya, bukan wajah dan susuknya. Manusia lebih dikenali pada kesan akhlak dan ilmunya, bukan pada rupa paras dan jasadnya. Kesan adalah isi. Isi adalah hakikat. Hakikat itulah jawaban yang pasti betul.


Di sini, manusia tiba – tiba menemui satu kewujudan yang sedia wujud bersama kehidupan. Ia dikendong kehidupan dan kehidupan menjadi cantik jika dihiasinya. Malangnya, ia biasa saja dikotori atau ditinggalkan dek kegalakan dan kealpaan manusia.


Kewujudan itu adalah ugama. Tahukah anda bila ugama mencipta sejarah kewujudannya? Ya, ia wujud semenjak manusia dikesan kewujudannya. Bila? Manusia dan ugama akan saling bergandingan menjawabnya untuk kita.


Ugama bukan lahir dari akal. Akal itu melahirkan pemikiran. Agama bukan pemikiran. Ia datang dari luar akal. Ia didatangkan untuk membantu akal ketika akal buntu dan terdampar. Ia datang bersama komponennya yang di luar hasilan akal. Ia datang bersama perutusan nabi dan kitab, wahyu dan mukjizat serta makrifat dan alam ghaib. Ia bersifat perutusan daripada satu kuasa yang agong yang menguasai kehidupan alam raya.


Itulah ugama. Saya akan menulis mengenai kehidupan ini dan ugama ini. Selepas harta, kuasa, pangkat, wanita, kedudukan, kesihatan dan sokongan yang menjadi idaman, bagaimanakah jika kita mula melihat agama sebagai idaman yang lebih baik daripada semua itu? Agama adalah manisan kehidupan. Marilah mengenal kehidupan melalui jalan agama.


p/s : sesungguhnya apa yang diperolehi ilmu dapat dikongsikan bersama.


Friday, January 21, 2011

Mencari Keredhaan Allah

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Mukadimah Hadis

Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah kerana keredaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dngan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Huraian Hadis

1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.

3. Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredhaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.

4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.

5. Keredhaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.

6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.

Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;

"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"

7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.

Pengajaran

1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.

2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Kesimpulan

Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Wednesday, December 29, 2010

Darjat Kasih Sayang Dalam Diri Senjata Lawan Kemarahan


Dengan lafaz Bismillah...


Jam dilaptop ana sudah menunjukkan tepat jam 2.00 petang, dimana ana sudah lama meninggalkan update post blog ana kerana sibuk mengejarkan kerja2 dipejabat ana.. maklumlah, 2010 hampir melabuhkan tirainya dalam tempoh 2 hari sahaja lagi.. 2011 akan muncul dengan terciptanya buku baru dalam diri ana / pekerjaan ana / keluarga ana / & sahabat2 disekeliling ana.. insyaAllah..


Tanpa ana melengahkan masa ana, post kali ini adalah ana nak kongsikan mengenai tajuk " DARJAT KASIH SAYANG DALAM DIRI SENJATA LAWAN KEMARAHAN ".. setelah ana membaca artikel ini, ia sungguh menarik perhatian ana untuk ana berkongsikan di post ana sebelum 2010 menutupi tirainya.. 2010 banyak kisah2 suka duga ana dalam ditempuhi dengan berliku2 dugaan / cabaran / rintangan.. semoga kedatangan 2011 akan mengubah segalanya.. mudah2an.. ameen..


KETIKA kita bertemu Allah di dalam sembahyang, kadang-kadang terasa air mata berlinang mengenangkan-Nya yang menciptakan kita. Air mata kerinduan dan air mata taubat yang memadamkan bahang api neraka di akhirat.


Air mata kasih sayang yang dititipkan kepada kita, akan memutihkan noda hitam dan menjadikannya suci bersih. Mungkin sebab itulah Allah SWT memilih bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran kerana kosa kata spiritualnya lebih kaya dan mendalam. Di samping itu Al-Quran sebagai mukjizat yang terbesar di sepanjang zaman. Pemilik kasih sayang yang sebenarnya hanya Allah SWT. Hakikat kasih sayang-Nya yang tanpa syarat, berbeza dengan kasih sayang manusia yang mempunyai pelbagai syarat dan kepentingan. Kasih sayang tanpa syarat itu, pernah ditunjukkan Rasulullah SAW ketika Baginda dilemparkan batu oleh orang Taif. Rasulullah hanya tersenyum: �Aduh umatku, seandainya engkau tahu visi dan misi yang kubawa, engkau pasti tidak akan melakukan ini,� demikian bisiknya.


Bahkan ketika datang malaikat pengawal gunung Taif menawarkan bantuan untuk membalas perbuatan orang Taif itu, Nabi berucap: �Terima kasih, Allah lebih berkuasa daripada makhluk. Jangan diapa-apakan. Mereka hanya tidak tahu. Kelak kalau mereka sedar, mereka akan menyintaiku.�


Nabi Nuh pernah menyesal kerana ia mendoakan umatnya binasa. Selama 950 tahun beliau berdakwah mengajak kaumnya ke jalan Allah, namun hanya segelintir yang mengikuti ajakan dan seruannya. Yang lain ingkar sehingga Nabi Nuh berdoa kepada Allah agar dikirimkan bencana kepada kaum yang ingkar itu. Maka datanglah banjir besar yang menenggelamkan mereka, sedangkan Nuh dan pengikutnya sudah mempersiapkan diri dengan membuat kapal atau bahtera.


Banyak ulama mencapai darjat kasih sayang itu. Imam Syafie pernah memesan baju kepada tukang jahit. Lengan kanan baju itu lebih besar dibandingkan lengan kirinya yang kecil dan sempit. Imam Syafie bukannya mengadu dan marah kepada tukang jahit itu, malah berterima kasih. Kata Imam Syafie: �Kebetulan, saya suka menulis dan lengan yang lebih longgar ini memudahkan saya untuk menulis sebab lebih selesa bergerak.� Indahnya hidup ini kalau tidak ada kebencian. Ini bukan bererti kita harus menahan marah. Yang kita lakukan adalah bagaimana menjadikan diri kita penuh kasih sayang sehingga potensi kemarahan berkurangan. Setiap orang mempunyai hak untuk marah, dan itu harus dengan cara profesional dan bersopan santun.


Banyak perkara yang membuat seseorang marah, tetapi selesaikah persoalan dengan marah?


Semakin meningkat kasih sayang maka semakin mesra pula belaian Allah SWT kepada kita. Bayangkan seorang bayi yang dibelai ibunya tersenyum, itu baru belaian makhluk, apa lagi belaian Allah kepada manusia. Roh sifatnya mulia dan tinggi serta cenderung dekat dengan Allah. Jasad sifatnya rendah dan jauh dengan Allah.


Ahli sufi mengungkapkan: �Wahai jasad, sibukkan dirimu dengan solat dan puasa. Wahai kalbu, sibukkan dirimu dengan bisikan munajat kepada Allah. Wahai jasad, ungkapkan iyyakana�budu. Wahai kalbu, ungkapkan iyyakanasta�in.�


Ta�abbud mendaki ke atas, sedangkan isti�anah turun ke bawah. Yang melakukan ta�abbud adalah hamba, sedangkan isti�anah adalah Allah. Siapa yang naik akan memetik yang di atas untuk turun menyambut.


Begitulah cubaan bagi manusia, semakin tinggi kedudukan seseorang maka cubaannya semakin berat. Namun cubaan itu jangan membuat orang berputus asa.



Waallahu'alam..


Tuesday, December 28, 2010

Cuti 1TM





== Cuti 1TM bermula dari 27/12/2010 hingga 2/1/2011 ==


Hari ini ana cuti

Ana cuti sebab diberi cuti

Diberi cuti oleh kompeniku sendiri

Kompeniku memberikanku cuti sebab ramai yang bercuti

Bila ramai bercuti maka diisytiharkan untuk semua anggota bercuti

Maka ana pun bercuti pada hari ini ...


Hari ini ana bercuti

Ana cuti sebab diberi cuti

( sila ulang ayat yang diatas sekali )

.....

......

.....

.....

.....

.....

.....


== terima kasih TM ==

[ Gracias ]