"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Thursday, July 31, 2008

Cinta vs. Suka ^_^

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.




Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Gambate!! Caiyok!!

still tengah exam ker?insyaAllah,kite bleh kongsi beberapa minit nie utk memperingati ayat2 Allah setelah lame menyumbatkan otak dengan ilmu2..(hmm is there such word,menyumbatkan otak??huhu) 'Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.'[Al-Hajj:78] Ada suatu hari tgh belajar nak exam tibe2 rase letih dan nak rehat la kejap.Teringat yg blaja tue kan jugak satu jihad,bile kite blaja sungguh2 dengan niatkan kerana Allah.Pastu tanyalah kat satu ukhti nie,"mcm mane ek kite jihad mase blaja,dlm erti kata sebenar?"(takla skema camni..huhu)

http://www.hoax-slayer.com/images/north-pole-moon2.jpg


Dier cakap,bile kite blaja sungguh2 sampai mmg takley masuk dah dan betol2 penat.Ya Allah,terus saya segar lepas tue!sbenar nyer takla penat sgt dan tak blaja sungguh2 pon sebelum tue tapi ntahla mungkin syaitan kot.so,my point is, adakah kite dah betol2 blaja sungguh2 sebelum kite ckp kite dah berusaha dan penat? Tapi sebelum ayat diatas,[Al-Hajj:77],Allah telah berfirman, 'Wahai orang2 yang beriman!Rukuklah,sujudlah,dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan,agar kamu beruntung.' Sebenarnyer,itulah senjata rahsia kejayaan umat Islam.yakni dengan bersolat.setelah kite jage solat fardhu kite ie solat diawal waktu dan kusyuk dalam solat,“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) kalau kite tgk balik sirah,Rasulullah,sahabat2 dan org2 selepas mereka berjaya sebab aqidah dan ibadat2 dorang mmg mantap esp solat tahajjud.Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah dan Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh.SubhanAllah..sampai camtue skali hebat nyer solat malam nie!

Daripada 2 ayat diatas,Allah suruh kite menjage solat dan berusaha bersungguh-sungguh.Duer2 tue sentiasa kene seiringan.Usaha mmg tak pernah dilupakan dan diambil ringan oleh org2 yang terdahulu. '(Ingatlah),ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat,"Sesungguhnya Aku bersama kamu,maka teguhkanlah(pendirian)orang2 yg telah beriman."Kelak akan Aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang2 kafir,maka pukullah diatas leher mereka dan pukullah tiap2 ujung jari mereka' [Al-Anfal:12] Mase Perang Badar,Allah mmg dah janjikan kemenangan pada umat Islam dan dengan izinNya,bala bantuan daripada Allah yakni seribu malaikat datang berturut-turut.tapi,Allah still jugak suruh orang2 Islam nie berusaha bersungguh-sungguh kalahkan musyrikin Mekah('maka pukullah diatas leher mereka dan pukullah tiap2 ujung jari mereka'). Pray hard and study even harder saudara2ku...



pastikan blaja kite jihad muntij!jihad yg produktif!even kite spend time sikit je utk blaja tapi pastikan ape yg kite blaja tue yg diberkati,yg berkualiti.Remember,the fate of ummah is in our hand.Kerja kite BUKAN HANYA utk berjaya dalam pelajaran,dapat kerja bagus,memiliki kereta mewah,rumah besar,keluarga bahagia dan lain-lain.Tetapi tanggungjawab paling utama kite yang lebih besar dan mencabar ialah melaksanakan da'wah.Kalau dengan berjaya dalam pelajaran akan memudahkan da'wah kite,maka wajib kite belajar sungguh2! Selalu ingat janji Allah nie,'Wahai orang2 yang beriman!Jika kamu menolong(agama)Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.'[Muhammad:7] mmg Allah tak perlukan kite langsung utk menegakkan Islam dimuka bumi nie tapi ini utk kite sebenarnyer.Allah bagi peluang utk kite tlg agama Allah.tapi Allah takkan tolong kite selagi kite tak berusaha dan tolong diri sendiri. 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.'[Ar-Rad:11].. Oleh itu,teruskan usaha para mujahidin!! =) caiyo!!InsyaAllah,Allah takkan sia-siakan usaha kite.Sentiasa doakan kejayaan sahabat2 kite jugak esp bile bangun solat malam,doakan diri lemah ini supaya tak terpedaya dengan dodoi-an syaitan yg mengasyikkan!!=( Wallahualam....

Monday, July 21, 2008

Hanya Kau Yang Mampu ^_^



Ku cuba redakan relung hari
Bayangamu yg berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Oooooooooo….

Friday, June 13, 2008

Rencana : Cinta Menurut Pandangan Islam

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.