"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Thursday, October 30, 2008

Perkahwinan kakak sepupuku ^_^

Hari Pernikahan (24 Mei 2008)

Pengantin perempuan (Solehaizah)

Pengantin lelaki (Shahrul Helmi)

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulilah, syukur kite kepada Allah S.W.T. sesungguhnye apa yg dirancang, semuanye berjalan ngan lancar.. kakak sepupuku (Solehaizah) telah selamat diijabkabulkan nikahnye dengan pasangannye (Shahrul Helmi) di Masjid Al-Hidayah Selayang Baru.. majlis akad nikah nie dilangsungkan selepas solat asar.. acara akad nikah diwalikan oleh ayahnye sendiri (Wan Chik).. upacara akad nikah dilaksanakan dgn sekali lafaz je, tanpa merasa ragu2.. huhuhu.. antara hantaran yg dibawa oleh kedua2 pihak adalah, pihak perempuan 9 dulang, dimana pihak lelaki 7 dulang..

Hantaran pihak pengantin perempuan

Hantaran pihak pengantin lelaki

Selesai sudah majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan dimana disajikan minum petang.. ketika tu, makku menjabat tgn utk ucapkan tahniah kpd kakak sepupuku sambil berpelukan dgn menitis mata kerana dirinye sudah ada suami dan ia perlu menjalani tanggungjawab yg lebih besar selepas kahwin.. sementara menanti majlis malam berinai, diriku nie bertungkus lumus memasak utk dihidangkan makan malam bg tatapan sedara2, makcik2, dan laen2.. selesai je memasak, diriku ini mengambil kesempatan utk bergambo diatas pelamin yang direka khas oleh makku sendiri.. design pelaminnye agak tersergam indah.. huhu.. :)

Pelamin rekaan makku :)

Waa, dah mcm pengantin pon ada :D

Bergambo bersama anak sedara, adikku, n sepupuku :)

Bersama adikku yg disayangi :-p

Bersama anak sedara, adikku comel :)

Muka kepenatan lps memasak.. hehehe.. :)

Malam Berinai (^_^)

Sesudah semua masakan dihidang, diriku ini tros melakukan solat maghrib dimana lps maghrib berlangsung lak upacara malam berinai dimana kakak sepupuku akan memperagakan semua fesyen baju yg disewakan dr butik pengantin.. hehehe.. byk gak fesyen2 bju yg dipakainye, antaranye : bju korea, india, tun teja dan laen2 lagi..

Dah mcm tun teja la.. :-p

Setelah habis memperagakan fesyen bju2 tue, diriku kini ke dapur kembali untuk merebus telur pengantin dan masak pulut kuning untuk pokok pahar pengantin yang akan diletakkan di pelamin.. majlis perkahwinan kakak sepupuku diadakan di Dewan Sekolah Cina, Selayang Baru yg terletak x jauh dr umah pengantin perempuan.. pada jam 1.00 pagi keesokan harinye 25 Mei 2008 (Ahad), diriku dan juga ayahku ke dewan tersebut untuk melihat persiapan pelamin pengantin, meja makan, dan laluan pengantin masuk.. lepas tue, diriku menyambung kembali keja2 membungkus pulut kuning dan telur.. hampir kul 5 pagi kami menyiapkan semua keja2 kahwin kakakku.. huhu.. kul 10 pagi, kami sekeluarga ke dewan utk tunggu makanan sampai dan membuat checklist utk semua task masing2 seblom acara majlis kahwin berlangsung..

Hari Perkahwinan (25 Mei 2008)

Pelamin tersergam indah :)

Bdk2 silat

Kedua mempelai ^_^

Ketika ini, masa tetamu menjamu selera.. majlis dilakukan upacara merenjis bg kedua2 pihak pengantin dan acara memotong kek yg setinggi 3 tingkat.. hehehe.. best2 !!! dengan ini, majlis diakhiri alunan lagu2 pengantin dan kareoke bersama kedua mempelai.. hehehe..

Kek Berbentuk LOVE :)

Kemudian, seminggu lepas perkahwinan sebelah pihak perempuan, majlis pihak pengantin lelaki lak diadakan pada 1 Jun 2008, dimana majlis diadakan di Kg. Banjor, Perak.. pada hari ahad, seblom kami bertolak ke perak, kami terpaksa follow pengantin coz kami yg perlu membuat persiapan lagi bila tiba diperak.. kami melalui jalan kg lama utk tuju ke perak.. setelah tiba diperak, kami ditempatkan di Taska kakak sedara pihak lelaki.. kami menetap dictu semalam.. keesokannye kami mengiringi rombongan pengantin perempuan..

Hari Perkahwinan (1 Jun 2008)

Pengantin paling comel.. :)

Rombongan pengantin perempuan

Mak, ayah, adik pengantin perempuan

Maksu family (pihak pengantin perempuan)

Kawan2 adik pengantin perempuan

Alhamdulilah.. selesai sudah kedua2 belah pihak perkahwinan antara kakak sepupuku n pasangannye berjalan ngan lancar.. kami sekeluarga doakan agar berbahagia hingga anak cucu.. hehehe.. selepas majlis, pakcik sy bercadang untuk pegi teluk batik utk berehat seblom kami pulang ke kuala lumpur.. best2 coz ramai yg mandi manda laut.. diri ini hanye mampu untuk melihat pemandangan je.. ^_^ sekian, tu je kisah sepanjang perkahwinan kakak sepupuku.. TAHNIAH kak leha !!! muah muah...

Tuesday, September 30, 2008

#&*% Pantun Raye %*&#

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau beghak meghate
Kaki bengkak ulau patok
Kalau balik naik kete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asei teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

*%^ Adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri^%*

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.


Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.


Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.


1. Berdoa di malam raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm:

"Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.


2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya.

Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya:

"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)


3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.


4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:Maksudnya:

"Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."

(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)


5. Makan terlebih dahulu (seeolok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:Maksudnya:

"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)


6. Mengucapkan tahniah

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:Ertinya:

"Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:Ertinya:

"Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan:

Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)


7. Ziarah menziarahi

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:Maksudnya:

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!"

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata:

"Biarkan mereka berdua itu."

Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah:

"Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Hadits riwayat Al-Bukhari)Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.


8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.