"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Sunday, December 27, 2009

~ Muhasabah Diri ~



Muhasabah diri.. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri.. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan.. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakuakn kesilapan yang sama berulang2 kali.. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf.. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal".. Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik.. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan.. Na'uzubillahiminzalik..


[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian.. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat.. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif.. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia.. Ini lah bahaya nya.. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi.. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini..]


p/s : petikan dari salah satu penulisan yang saya kira sangat bagus.. Kesimpulannya, jangan penat untuk melakukan kebaikan..


Saya menulis disini bertujuan mengingatkan diri sendiri juga sahabat2 diluar sana kerana salah satu tujuan penciptaan manusia adalah sebagai khalifah di bumi ciptaanNya.. Tegur-menegur, nasihat-menasihati memainkan peranan antara kita semua supaya kita dapat menilai seterusnya bermuhasabah bagi mengelakkan diri melakukan kesilapan lagi.. Tawakkal, istiqamah, seterusnya husnul khatimah...



Sunday, December 20, 2009

1431 H





~ Selamat Menyambut Awal Muharam 1431 H ~


Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.


p/s : lambat post coz tika itu, aku berada di Johor Bharu..


Sunday, December 13, 2009

Revolusi IQ


REVOLUSI IQ . EQ . SQ


~ Menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan Quran dan teori neurosains mutakhir ~


Sinopsis novel :-

Minda adalah anugerah Tuhan kepada manusia.

Ia adalah pintu gerbang segala kehebatan.

Semakin dalam manusia mengkaji dan meneroka mindanya, semakin banyak kehebatan yang terpancar dalam dirinya.

Namun, minda yang tidak dipandu oleh wahyu mudah tersasar. Kehebatan yang terpancar tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti diri manusiawi. Akhirnya, semakin dalam minda diterokai, semakin menebal perasaan bongkak dalam hati.

Revolusi IQ – EQ – SQ menyoroti tirai misteri struktur dan fungsi minda yang kompleks. Ia menjelaskan aspek berkaitan minda daripada dua perspektif iaitu agama dan sains. Ia membahaskan teori IQ – EQ – SQ melalui landasan Quran tanpa menafikan penemuan – penemuan dalam disiplin ilmu neurosains. Setiap aspek dijelaskan melalui bahasa yang mudah dicerna bagi memudahkan pembaca memahami, meghayati, dan menterjemahkannya dalam reality.

Justeru, marilah bersama-sama memanfaatkan ia dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada potensi minda supaya ia dapat diserlahkan secara maksimum dan bijaksana.


*** Tentu anda ingin tahu :-

  1. 1. Apakah perspektif Quran dan sains terhadap kecerdasan?
  2. 2. Apakah aspek istimewa di dalam otak yang membolehkan manusia berfikir?
  3. 3. Apakah persamaan dan perbezaan IQ – EQ – SQ dan bagaimana ia membantu dalam meningkatkan kecerdasan minda manusia?
  4. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena Eureka?
  5. 5. Bagaimana manusia dapat membangkitkan kecerdasan secara sepadu seperti yang diajarkan dalam Quran?


p/s : thanks sahabat kerana hadiahkan novel ini.. sgt best ~

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha





Bismillahirramanirrahim

Cinta Teragung ( Mestica )


Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim terlalu inginkan seorang anak setelah beberapa tahun berkahwin. Setelah sekian lama menunggu akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata melalui Siti Hajar. Namun kegembiraan tu tidak lama kerana beliau diperintahkan untuk mengorbankan satu-satunya anak yang paling disayanginya itu. Cubalah kita bayangkanlah betapa besar dan kuatnya iman Nabi Ibrahim ketika syariat Allah tu tiba.


Sebenarnya bukan lembu atau kambing itu yang dipandang Allah dalam ibadah korban. Itu hanya simbolik mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail tersebut. Malah zaman sekarang sudah ramai yang mampu korbankan beberapa ekor lembu dengan harta yang dimiliki. Namun berapa ramai yang betul-betul menghayati kesan ibadah tersebut. Betul-betul berasa telah mengorbankan sesuatu untuk agama kita.


Dalam kita mencari rezeki dalam dunia ni, seringkali kita lupa saat kematian kita. Bermacam-macam dosa telah kita lakukan. Tapi Allah tetap beri kita umur yang panjang, rezeki yang luas, kesihatan yang baik dan sebagainya. Justeru, cubalah kita berusaha berkorban walau sedikit untuk dekatkan diri kepada Allah. Jauhi perkara yang dilarang dan patuhi apa yang disyariatkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada semua umat manusia. Wallahua’lam.



Nota kaki : Setiap kali melihat binatang dikorbankan, mari kita menyebut “Allahu Akbar” sebagai mengiktiraf Allah itulah yang Maha Besar menentukan ajal setiap yang bernyawa.


Wassalam.


p/s : Mohon maaf kepada semua teman2 ku yang kini berada di kampung halaman masing2.. Selamat Menyambut Aidiladha 2009 (1430 H)