"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Wednesday, March 16, 2011

Akal Vs Nafsu




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


alhamdulillah, dikala kelapangan ana seketika ini, ana ingin berkongsi kepada ntum mengenai suatu tajuk iaitu " Akal Vs Nafsu ". dengan perkongsian ana kali ini, ana akan huraikan perbandingan mengenai 2 perkataan ini, dimana akal & nafsu.



"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada petukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal" (Ali'Imran 190)

Akal Membezakan Manusia dengan Haiwan

Akal yang mengatasi Nafsu adalah Akal yang Hebat. Akal yang diatasi oleh nafsu adalah akal yang lemah sehingga boleh menyebabkan manusia bertindak seperti haiwan yang hanya bernafsu.

LIMA Tanda Zahir:
1. Diam diri.
2. Menahan marah.

3. Merendah diri.

4. Peramah.

5. Berbuat amal soleh.

LIMA Tanda Batin:

1. Berkata-kata dengan kebajikan.

2. Berbuat ibadat.

3. Sentiasa takut kepada Allah SWT.

4. Memuhasabah dosa dirinya ( Agar timbul perasaan untuk bertaubat).

5. Menghina dirinya kepada RabbulJalil ( walaupun manusia sebaik-baik kejadian tetapi manusia sering melakukan dosa).

Kitab Muhimmah. m/s: 228.

Tanda orang yang berakal

1) Luas pandangannya kepada sesuatu yang menyakiti atau yang menyenangkan, pandai memilih perkara yang bermanafaat dan menjauhi perkara yang menyakiti.

2) Selalu berbantah dengan dirinya. Kalau diri itu bermaksud menempuh yang jahat, dihukumnya bahawa kejahatan itu berbahaya, merugikan dan mencelakakan. Dan kalau diri itu mengingat-ingat perkaran yang baik, dihukumkan bahawa kebaikan itu menguntungkan, membawa kemenangan dan memberi laba. Lantaran hukuman yang demekian mudahlah dirinya mengingat baik-baik itu dari buah hasilnya sehingga mudah menunjukkan kesana. Dan bila menghadapi kejahatan, mudah pula dia mengingat bahayanya dan celakanya, gementar badannya, dan timbul takutnya yang melampaui batas.

3) Selalu mengingati kekurangannya, kalau perlu di tulis di dalam satu buku peringatan sehari-hari. Baik kekurangan dalam agama, atau pada akhlak dan kesopanan. Peringatan itu diulang-ulang dan buku itu kerapkali dilihatnya untuk direnunginya dan dikhtiarkan mengansur-ansur merubah segala kekurangan itu.

4) Dilihatnya kebaikan budi pekerti orang lain. Di pujinya di dalam hati dan ditimbulkannya cita-citanya hendak meniru seraya diansur pula meneladan dari selangkah ke selangkah.

5) Kalau hendak mencari teman, handai taulan dan sahabat, orang yang berakal akan memilih orang yang mempunyai kelebihan baik daripada perkara agama atau ilmu atau budi kesopanan. Yang berlebih dari perkara agama atau ilmu budi kesopanan. Yang berlebijh daripada kita supaya kita dapat tiru teladan. Atau dicarinya teman yang sama tingkatan supaya kaut menguatkan. Kerana budi perketi yang baik dan adat yang terpuji tidak akan subur tumbuhnya dalam diri kalau tidak bertolong-tolongan menggembirakan didalam dengan teman.

6) Orang yang berakal tidak akan berduka cita lantaran ada cita-citanya di dunia tidak sampai atau nikmat meninggalkannya. Diterimanya apa yang terjadi atas dirinya dengan tidak merasa kecewa dan tidak putus-putus berusaha. Jika rugi tidaklah cemas dan jika berlaba tidaklah bangga. Kerana cemas merendahkan himmah dan bangga menhilangkan timangan.

7) Orang yang berakal enggan menjauhi orang yang berakal pula, kerana tanpa teman yang berakal akan lemahlah dia, dan dengan bersama akan dapat dia membandingkan di mana kekurangannya dan dimana kelebihannya.

8) Empat saat yang selalu diawasi oleh orang yang berakal. Biar lengah dari yang lain, tetapi tidak lalai dia menjaga yang empat itu iaitu :-i) Saat untuk menyembahkan hajatnya kepada Tuhannya.ii) Saat untuk menilik dirinya sendiri.iii) Saat untuk membuka rahsia diri kepada sahabatnya yang setia, menyatakan aib-aib dan celanya supaya dapat dinasihati dan ditunjukkan oleh teman setia itu secara terus terang.iv) Saat dia bersunyi-sunyi diri, dudk bersoal jawab dengan dirinya, menanyakan mana yang halal dan mana yang indah, mana yang jahat dan mana yang baik.

9) Orang yang berakal tahu membedakan manusia, sebab itu dia tidak canggung bergaul dengan siapapun. Manusia dibahagikan kepada dua. Pertama, orang awam, perkataanya di jaga, tiap-tiap kalimat yang keluar dari mulutnya dibatasinya. Kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Kedua, ialah orang yang khawas (orang-orang utama). Disanalah dia merasa lazatnya ilmu. Kepada yang lebih daripada dia, dia belajar. Kepada yang sama dengan dia, dia membandaing.

10) Orang yang berakal memandang besar akan sebarang kesalahan yang dilakukannya, walau bagaimana kecilpun di mata orang lain. Dia tidak mahu memandang kecil suatu kesalahan. Kerana bila sekali kita memandang kecil sesuatu kesalah, yang kedua, ketiga dan seterusnya, kita tidak akan merasa kesalahan itu besar, atau tak dapat membedakan lagi mana yang kecil dan mana yang besar.

11) Orang yang berakal sadar bahawa diantara akal dan nafsu, atau diantara fikiran dan hawa tidak ada persetujuan. Kehendak nafsu biasa manis dipangkal dan hambar ujungnya. Sebab itu mereka suka berpahit-pahit dahulu dan bermanis-manis kemudian. Jika dia menghadapi suatu pekerjaan yang ragu-ragu atau jalan bersimpang yang belum ditemukan, ditanyalah hatinya, mana yang lebih cocok. Dan nafsunya itulah yang dijauhinya.

12) Orang yang berakal tidaklah berduka hati. Kerana kedukaan itu tidak ada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tidak dia besedih, kerana kesedihan tidaklah dapat memperbaiki perkara yang telah telanjur. Dan banyak bersedih mengurangi akal. Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Tetapi kalau penyakit datang juga, padahal ubat telah tersedia, dan bajunya kena hujan juga padahal payung telah ditangan, tidaklah dia kecewa, tetapi dia sabar dan rela dan dicarinya usaha untuk mengatasinya.

13) Orang yang berakal tidak ada tempat yang dia takut selain Tuhannya. Kalau timbul takutnya dengan tiba-tiba, diselidikinya apa sebab dia takut. Dari salah atau hanya dari rendah himmahnya?

14) Orang yang berakal tidak menjawab sebelum ditanya. Tidak pula menjawab pertanyaan lebih daripada mesti, supaya jangan dikatakan orang: tidak pandai memegang rahsia, tiak berpenaruhan, thufaili. Tidak pula suka menghinakan orang, kerana orang-orang yang menghinakan raja-raja rosaklah dunianya. Orang yang suka menghinakan orang alim rosaklah agamanya dan orang yang menghinakan kawan-kawan rosaklah maruahnya.

15) Orang yang berakal tidaklah tersembunyi bahagian celanya dirinya kerana orang yang lupa memandang aib dirinya sendiri, akan lupalah kepada kebaikan orang lain. Maka lupa akan aib diri adalah bencana hidup yang sebesar-besarnya. Sebab kalau tidak tahu atau lengah dari aib kita sendiri, tidaklah timbul usaha untuk membongkar uratnya. Bertambah lama dia bertambah tumbuh didalam jiwa, maka meranalah jiwa, laksana limau yang dikalahkan benalu.

16) Orang yang berakal pergi ke medan perang dengan senjata. Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan. Berlawan dengan kekuatan. Kerana dengan akallah tercapai hidup, dengan budi teranglah hari, dengan fikiran tercapailah maksud, dengan ilu ditaklukkan dunia.

17) Orang yang berakal pandai membandingkan yang belum ada dengan yang telah ada, yang belum didengar dengan yang telah didengar. Umurnya yang ada dibandingkan dengan yang telah pergi. Yang belum tercapai dengan yang telah tercapai. Segala pekerjaan tidaklah diukurnya dengan wang atau emas bertahil. Sebab harta datang dan pergi, mendahului kita, atau didahului. Tetapi akal terap dan bekasnya kekal, walaupun badan tubuh masuk ke liang lahad. Orang berakal hidup buat masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri.

Sumber Artikel: Hanan 2003

Monday, March 14, 2011

Redha Terhadap Qada' & Qadar Allah



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatu.
Dalam ana berpejam celik, pejam celik, sudah memasuki bulan March masa berlalu begitu pantas. dikala kesempatan ini, ana ingin kongsikan bersama sahabat / rakan pejabat / keluarga ana disekeliling dengan satu artikel perkongsian ana semasa menghadiri satu program usrah last week. tajuk perkongsian ana untuk kali ini ialah : " Redha Terhadap Qada' & Qadar Allah ".

Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah. Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut. Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.

Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
" Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani) "
Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.

Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
" Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya) " (Surah Al-Ankabut: 2-3)
" Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah " (HR Thabrani)
alhamdulillah. setakat ini sahajalah perkongsian ana sementara waktu ini. ikuti perkongsian ana seterusnya di episod program usrah ana yang tajuknya lebih menarik.

Monday, March 7, 2011

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar

assalamualaikum,
alhamdulillah.. sekian hari demi hari ana tidak kesampaian untuk mengupdate blog ana.. di kesempatan kali ini, ana nak kongsikan bersama ntum di blog ana iaitu satu perkongsian ana semasa ana menghadiri satu kuliah sabtu petang lepas 5/3/2011.. perkongsian untuk tajuk ana kali ini ialah " Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar ".. apabila kedengaran tajuk je, kita dah hayati maksud yang disampaikan.. jom sama2 kita hayati perkongsian yang ana huraikan..
waallahu'alam..

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar


Hari yang Pasti Terjadi


Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Tuesday, February 15, 2011

:: Rabiul Awwal : Sambutan Maulidur Rasul ::





{ Salam Maulidur Rasul }


Dengan Lafaz Bismillah, ana memulakan mukadimah ana untuk mengalu2kan ntum meluangkan masa seketika untuk sama2 kita membaca sedikit pengkongsian ana untuk dikongsikan bersama.. ditanggal 15 Februari 2011 bersamaan hari selasa (12 Rabiul Awwal 1432H) adalah merupakan hari penuh bermakna iaitu sambutan Maulidur Rasul..


Salam Maulidur Rasul.. segala puji2an buat baginda Rasulullah S.A.W. serta sahabat baginda.. sempena sambutan Maulidur Rasul hari nie.. ana telah dikejutkan untuk mengupdate berkaitan hal nie.. jauh disudut hati rasa tercabar je bile ramai sahabat-sahabat blogger ana yang dah update hal nie.. ana pun terus teruja mahu buat perkongsian ilmiah jugak.. ;)


Okeh.. seperti yang sedia maklum sambutan Maulidur Rasul akan disambut pada setiap 12 Rabiul Awwal sempena memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W.. means kat sini kita memang dah terbiasa dan mentality pun dah set dua perkara penting nie.. Rabiul Awal dan Sambutan Maulidur Rasul.. so, di kesempatan nie ana nak sentuh mengenai dua benda yang tampah biasa tapi full of meaning..


Pengertian Rabiul Awaal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.. mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah S.A.W. telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang..


Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awwal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul..

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul..

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul.. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun.. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah..

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib.. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama..

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar.. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan..

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah..

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah.. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan.. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw..

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra..

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H..

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H.. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut..


Maulidur Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.. Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul.. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum.. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan..

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat.. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh.. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham.. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan..

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah.. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia.. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal.. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah..

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M.. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT.. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu..

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi.. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan.. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan.. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka..

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw.. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak.. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula.. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah..

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw.. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah..


Huh.. okeh.. itu sahaja yang ana nak kongsi.. buat pengetahuan diri sendiri dan perkongsian sesama muslim jugak.. selamat bercuti dan meyambut Maulidur Rasul.. Wassalam..