.. Moga roh-Nya dicucuri rahmat ..
.. Seperti x disangka atas pemergian seorang artis nasyid rabbani yang terkenal telah kembali ke Rahmatullah minggu lepas ..
.. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ..
Syurga Selalu Bersamaku
Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat
mempersiapkan segala sesuatu
untuk meraih syurga akhirat.
Aku yakin bahawa syurga akhirat
tidak akan pernah dapat aku raih
kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku
adalah syurga dunia paling indah buatku
Tempat kerja syurga dunia harianku
Tetangga, masyarakat dan bangsa
adalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku….
~ Ustaz Asri ~
Benarlah Ustaz Asri sudah tiada. Berita pemergiannya sukar sungguh untuk saya telan. Dan saya pasti seluruh jiwa yang mengenali Ustaz Asri bagaikan terpana dipukul halilintar. Seperti saya…..
Terlampau sedih sehingga tak terkata….
Segala kata nasihat yang terkandung dalam lirik nasyidnya bagai syair yang sangat indah dan puitis bagi saya. Suaranya yang lunak dan merdu mengalunkan azan pasti akan dirindui selalu.
Cukup saya mengagumi keperibadiannya yang baik dan sering tersenyum. Dia menyenangkan hati sesiapa yang mengenalinya.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Ustaz Asri. Perginya tak kembali….
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya di rahmati Allah dan tergolong dalam ahli syurga..Amin..
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
p/s : semuanye dalam kenangan..

No comments:
Post a Comment