"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Wednesday, September 16, 2009

Aku Dan Dia



Seringkali ku termenung..
Impikan bahagia kan berkunjung..


Bintang, al kisah sepasang hati yang sama - sama hilang arah..
Igauan masa lalu bukan lagi alasan untuk mengalah..
Nur Kasih menyapa diri tidak disangka cerah..
Terjalin ikatan disebalik lukisan, tercipta nama disebalik cerita indah..
Alangkah bahagianya andai masa bisa berpaling arah..
Nanti diawal sirah menulis semula kisah..
Garapan dua hati kini bahagia sudah..


Bulan Ogos, perkenalan bersahaja antara aku dan dia..
Sekadar untuk berkongsi ilmu di dada..
Tutorialku sebagai senjata..
Memikat hati si dia yang ceria..
"Senyum" bergurau saja..


Bulan September bulan berpuasa..
Aku sering "berbuka" secara terbuka di"rumah" si dia..
Tanpa ada rasa apa - apa di jiwa..
Sekadar bersuka - suka dan bergurau senda..
Untuk menghiburkan hati yang lara..
Ketika itu, "rumahnya" masih gelap gelita..
Tiada salahnya.. "Hitam itu bergaya"..
Raya hampir tiba..
Aku terima pun kad raya dari dia..
Tersenyum lebar aku dibuatnya..


Raya keberapa kami bersua..
"Duit Raya Mana??", ayat pertama dari si dia..
Bermula di situ kami bercerita..
Kenal mengenal sudah tentu yaa..
Dari awal hingga ke akhir bulan..
Banyak juga yang dibualkan..
Dari soal masa depan hinggalah ke soal perasaan..
Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman..


Hubungan intim terjalin mesra..
Katakan tulisan rahsia..
Lukisan jadi bahasa..
Tertingkap YM jadi pengantara..
Sajian "Emel" merapatkan segalanya..
Kisah Si Bintang mula tercipta..
Sayang Selangor jadi tema..
Aku dan Dia tersenyum ceria..
Indahnya.. bahagia..






p/s : seorang sahabatku yang kian lame terpisah sejak di bangku sekolah lg..



No comments: