"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Thursday, October 21, 2010

Siapa Ikhwah Kita??



~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ~


alhamdulillah.. di kesempatan pagi hening yang indah ini, ana dengan ini bersyukur atas nikmat di pagi jumaat dimana ana diberi peluang untuk menulis blog post ana seterusnya sebelum keberangkatan ana seminggu lagi untu
k ana rasa duduk di teratak ana..


insyaAllah, jika berkesampaian seminggu ni, ana akan postkan epilog seterusnya sebelum keberangkatan ana.. epilog post ana kali ini bertajuk " Siapa Ikhwah Kita?? "..




Biasa terdengar perkataan "ikhwah" disebutkan? Ia bermaksud saudara lelaki. "Akhwat" pula bermaksud saudara perempuan.


Saya terkilan apabila mendapati acap kali penggunaan perkataan ikhwah ini tidak berapa tepat. Saya biasa juga terdengar dialog seseorang muslim yang memanggil gelaran "ikhwah" untuk merujuk kepada rakan-rakan mereka yang berada dalam jemaah yang sama.


Maknanya, bila disebut ikhwah, itu bermakna orang atau 'ikhwah' tersebut satu aliran jamaah dengannya. Sefikrah. Sependapat. Rakan seperjuangan.


Tapi penggunaan perkataan ikhwah sebegini jelas tidak menyeluruh.


Bukankah telah jelas disebutkan dalam Al-Quranul karim:


"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.." (Al-Hujurat: 10)


Siapa dia ikhwah kita? Sesiapa saja yang beriman kepada Allah. Baik dia berada dalam kelompok yang sama dengan seseorang tersebut ataupun tidak. Baik dia sependapat dengannya ataupun tidak. Baik dia rakan seperjuangannya ataupun tidak. Baik dia kuat beragama ataupun ala kadar.


Kalau ada seorang pakcik tua, orang kampung, jenis orang-orang biasa dan suka lepak di kedai kopi, kita tidak kenal pun dia, tapi kalau dia beriman kepada Allah, maka dia ikhwah kita.


Kalau ada seorang remaja yang suka merayau-rayau menaiki motosikal, walaupun dengan berambut panjang, berperangai nakal, tapi kalau dia mengaku beriman kepada Allah, maka dia ikhwah kita.


Kalau ada seorang makcik, bekerja di pasar malam. Pakai tudung, tapi auratnya tidak ditutup dengan seberapa. Tapi dia mengaku beriman kepada Allah. Maka dia akhwat kita.


Malah katakan ada seorang perempuan yang jahil pun, tidak pakai tudung, suka bersosial, tapi kalau dia mengaku dia beriman kepada Allah dan RasulNya, dia tetap akhwat kita. Tugas kita ialah berdakwah dan berdoa untuk kebaikannya dan hidayah Allah baginya.


Apakah faedahnya kita mengakui wanita sebegini sebagai akhwat kita? Apakah faedahnya kita menggelarkan orang Islam secara umum sebagai ikhwah atau akhwat?


Inilah kunci mewujudkan rasa cinta dan harmoni sesama umat Islam. Indahnya ukhwah yang dibina atas dasar keimanan. Ukhwah yang dibina atas dasar jemaah adalah sebab sekunder, satu-satunya sebab asal wujudnya ukhwah adalah kerana keimanan. Itu sahaja. Pemahaman sebegini penting sebab ia menjadi mangkin kelancaran proses dakwah kepada umat Islam secara asasnya.


Apabila seorang ikhwah berbuat silap, atau berbuat yang haram, atau melakukan kezaliman, baik dia lakukannya secara jahil ataupun sedar, kita patut berasa prihatin dan ingin membantunya ke arah kebenaran. Dia kan saudara kita. Kita mesti kasihi dan kasihani dirinya. Dia tetap ikhwah kita.


Rasulullah s.a.w bersabda, daripada Anas r.a:


"Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi". Lalu beliau ditanya, "Bagaimana ku menolongnya sedang sedangkan dia berbuat zalim?" Baginda menjawab: "Hendaklah engkau mencegahnya daripada perbuatan zalim. Itulah cara membantunya" (Bukhari)


Perkataan 'saudara' digunakan Rasulullah s.a.w untuk mereka yang berbuat zalim. Jelaslah bahawa walaupun jika ada seorang muslim berbuat zalim, mereka tetap saudara (ikhwah) kita. Soalnya di sini, atas dasar persaudaraan kerana Allah, kita harus tolong untuk menghentikan perbuatan zalimnya itu. Inilah satu pengajaran penting yang dapat dipetik daripada hadith ini.


Kalau kita membataskan perkataan 'ikhwah' hanya untuk mereka yang baik-baik saja, atau sejemaah, atau sefikrah, atau sebumbung dan seumpamanya, kita seolah-olah mewujudkan sikap double standard, baik secara sengaja mahupun tidak. Jika begini halnya, maka lebih mudahlah berlaku sikap suka menghukum, menghentam, bersangka buruk dan bermusuhan terhadap golongan umat Islam lain yang 'kurang baik', atau golongan yang 'bukan ikhwah'. Kita biasa lihat hal ini berlaku masa kini.


Layanlah setiap orang beriman sebagaimana kita melayan rakan-rakan yang sefikrah dengan kita. Malah sebenarnya orang-orang yang beriman tetapi masih lemas dalam kehidupan dunia, sangat memerlukan keprihatinan saudara-saudara seiman untuk membantu mereka lebih menghayati agama Islam yang mereka anuti itu.


Mudah-mudahan Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua. Waallahu a'lam.


No comments: