"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?

Thursday, October 7, 2010

Teguran Itu Penting



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


alhamdulillah.. ana dapat lagi untuk menulis di hening pagi jumaat 8/10/2010 dimana ana kini sedang menaip di pejabat untuk berkongsikan perkongsian ini yang bertajuk " Teguran itu Penting ".. tajuk ini ada sedikit memberikan ana berfikir malam tadi dimana sahabat ana selalu mengingatkan ana, jikalau ada sesuatu yang mencurigai atau sebaliknya.. bertegurlah antara sahabat2 kamu.. alhamdulillah, teguran itu menjadi..


Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain..


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur.. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain.. Makna katanya tegura
n itu berlaku di mana-mana sahaja..


Membina dan Meroboh



Jerash, Jordan


Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud.. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik.. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur..


Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut.. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada..


Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur.. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati..

Orang yang Menegur


Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit.. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup..


Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak..


Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain..

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain.. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut.. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya..


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita"..

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri.. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita.. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?..

Yang Paling Penting


Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur.. Ramai yang tidak mampu lakukan ini.. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur.. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri..


Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.. Itu adatnya..


~ Jazakumullah Khairan Katheera ~



No comments: